Tuesday 20 March 2012


Pengaruh Islam Trehadap Asia Dari Segi Ekonomi
          
Sejak awal-awal lagi , bandar Makkah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China, India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.


Ekonomi Islam memperkenalkan beberapa dasar umum:
  •  Pengiktirafan pemilikan individu.
  • Hubungan ekonomi dengan akidah.
  • Bersifat pengabdian yang dinilai sebagai ibadat.
  • Memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk kehidupan insan .






Terdapat 3 jenis Definisi Ekonomi :
  • Sarjana Islam
“Economic Development in an Islamic economy” merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia seperti perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi rohani dan jasmani.

  • Adam Smith
Ilmu ekonomi ialah ilmu kekayaan atau ilmu mempelajari saranan-saranan kekayaan bangsa-bangsa seperti hasil-hasil industri dan pertanian.

  • Reunez
Ilmu ekonomi dalah ilmu untuk mempelajari tingkah laku manusia menghadapi keperluan mereka.



Ciri-ciri Ekonomi Islam
  • Memelihara fitrah manusia.
  • Memelihara norma-norma akhlak.
  • Memenuhi keperluan-keperluan masyarakat.
  • Kegiatan-kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam.
  • Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu bertujuan berusaha untuk mencari keuntungan individu, disamping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat.
  • Aktiviti-aktiviti ekonomi islam sentiasa diawasi oleh hukum-hukum islam dan perlaksanaannya dikawal pula oleh pihak pemerintah.
  • Ekonomi islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat.


Ekonomi Islam bukan bercorak ekonomi komunis:
Ø Mengakui dan hormati milik perseorangan .
Ø Bukan bercorak kapitalis.
Ø Menghalang kebebasan secara mutlak.

Beberapa cara pembayaran semasa tamadun Islam:
1.     Peraturan pusaka dan zakat .
-mengenakan 2.5% ke atas modal dan keuntungan.


2.     Undang-undang keselamatan social.

  • mengenakan cukai-cukai ke atas modal sekadar yang diperlukan oleh Perbendaharaan Negara untuk menghadapi keadaan darurat.
  • Orang awam perlu membayar cukai kepada majlis perbandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri.
  • Cukai juga dikenakan ke atas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Ini berbeza dengan zakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajib terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayar jizyah, seperti cukai kepala.




Perkembangan Ekonomi Islam:

1.    Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, begitu juga dengan industri lain yang dianggap kurang bersih. Manakala barang berharga diletakkan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan tukang emas tertumpu di sekeliling masjid utama di pusat bandar.

2.     Persatuan-persatuan (seperti kesatuan pekerja yang melindungi hak pedagang) tidak diiktiraf secara rasmi oleh kota Islam zaman pertengahan, tetapi urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis perbandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan berkhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walau bagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu di rumah atau askar upahan.

3. Teknologi dan perindustrian tamadun Islam amat maju sekali. Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, tekstil, dan seramik.

4. Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang amat berkesan. Pedagang akan membeli dan menjual untuk komisen, dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada Muslim, Nasrani, dan Yahudi.

5.     Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan komersil, dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di Baghdad dan dikreditkan di Sepanyol, mewujudkan sistem cek yang ada pada hari ini.

6.  Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman ini.

Pengangkutan juga membawa kepada pertumbuhan ekonomi dalam Tamadun Islam.

v Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat berkesan. Setiap bandar mempunyai tempat di luar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-belah atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, di samping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.

v Selain daripada sungai Nil, Tigris dan Furat, sungai lain yang dilayari amat kurang, maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains pengemudian telah dimajukan menggunakan sekstan asas yang dikenali sebagai kamal untuk mengukur ketinggian bintang, dan kompas magnet. Dengan penggunaan semua kelengkapan ini dengan bantuan peta, pelayar dapat melayari lautan berbanding daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran pantai. Pelayar Muslim juga telah memperkenalkan kapal layar bertiang tiga kepada penduduk Mediterranean. Malah kapal layar (caravel) Christopher Columbus sebenarnya direka bentuk mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan buatan untuk menghubungkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan sebaliknya terusan ini juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean walaupun ia dinaiki lumpur beberapa kali.

v Kemudahan-kemudahan tersebut telah memudahkan perdagangan dijalankan, secara tidak langsung memperkembangkan ekonomi Tamadun Islam.



Matlamat Ekonomi Islam

  1. Keperluan asas yang mencukupi bagi menghindarkan kelaparan dan ketakutan dalam masyarakat.
  2. Penggunaan sumber yang optimum ,cekap,berkesan ,jimat dan tidak membazir.
  3. Kesaksamaan agihan harta,kekayaan,pendapatan dan pembangunan.
  4. Menjamin kebebasan individu.
  5. Kesamaan hak dan peluang.
  6. Kerjasama dan keadilan.


Kesan Faktor Ekonomi kepada Kejayaan Tamadun Islam
  • Sektor perdagangan berkembang maju kerana geografik yang strategic iaitu antara Timur dengan Barat.
  • Kedudukan ini menyebabkan Negara Islam mengawal laluan darat dan laut yang penting.
  • Produk yang diperdagangkan juga adalah pelbagai, termasuk produk dari Negara Islam sendiri, produk dari China dan juga produk dari Eropah .
  • Kesemua sektor ekonomi ini memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan dan seterusnya Tamadun Islam.
  • Kesan secara langsung ialah berlakunya pemindahan teknologi seperti teknik pelayaran.
  • Manakala kesan secara tidak langsung pula ialah kemajuan ekonomi telah menyebabkan tuan-tuan tanah ingin menghasilkan hasil yang banyak.
  • Mereka mengupah saintis untuk mengkaji bagaimana hendak menyuburkan tanah dan mandapatkan hasil yang lebih banyak.
  • Tamadun Islam menjadi semakin maju dan berkembang pesat sebagai satu kuasa besar di dunia pada masa itu.



Antara aktiviti ekonomi dalam Tamadun Islam .

  • Industri tekstil dan perkilangan.
  • Kerja-kerja menenun kain telah menjadi satu perkerjaan sampingan di rumah orang Islam.
  • Kilang-kilang mengisar tepung dan memerah minyak mula dibina.Kilang mengisar tepung terdapat di seluruh negeri dan menggunakan jentera air yang digerakkan oleh tenaga angin dan haiwan. Kilang memerah minyak digerakkan oleh tenaga ternakan.





Saturday 17 March 2012

Pengaruh Islam Dalam Kesenian
PENGARUH TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA DARI SEGI
KESENIAN.

Tamadun Islam adalah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7 hinggalah sekarang. Disebabkan ia diasaskan oleh akidah,syariah dan akhlak ini meletakkan tamadun islam sebagai satu tamadun yang berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun islam adalah satu tamadun yang bersifat multi-demensional. Pengaruhnya yang meluas meliputi seluruh pelusok dunia termasuklah di Nusantara. Ia merangkumi semua segi termasuklah dari segi kesenian. Tidak dapat dinafikan bahawa di nusantara yang kaya dengan kebudayaan menjadikan ia tempat yang sesuai dengan perkembangan seni. Seni dapat ditakrifkan sebagai satu kerja yang di buat bagi mendapat kepuasan. Seni juga adalah unsur bagi budaya. Tamadun islam sudah terkenal dengan kecermerlanganya dalam pelbagai bidang. Oleh yang demikian tidak hairanlah ia menjadi selalu dijadikan contoh oleh masyrakat luar. Peluang ini datang kepada kita apabila pedagang-pedagang arab datang berdagang di nusantara ini. Ini secara tidak langsung menerapkan unsur-unsur kebudayaan mereka dalam masyarakat di nusantara. Ini ditambah lagi dengan kedatangan pedagang-pedagang asing lain. Kesenian dapat dibahagikan mengikut saluran-saluranya.

Terdapat 4 saluran kesenian saluran-saluran tersebut ialah:
1.     Visual(pemandangan)

a)Seni Bina
Masjid-masjid awal di nusantara banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina   kuil,candi,kebudayaan setempat dan penjajah Salah satu contoh ialah di Banten yang di pengaruhi seni bina penjajah Belanda. Setiap masjid di nusantara ini melambangkan menifestasi seni bina islam yang berkembang dengan perkembangan kebudayaan tamadun islam. Masjid adalah insitusi utama agama islam. Didalamnya banyak aktiviti dilakukan Sikap dedikasi dan ketekunan dalam membina masjid dan pengaruh seni dekorasi,seni hias kulit,seni khat tamadun islam melakukan sturktur seni bina masjid di nusantara.Wilayah –wilayah atau bangsa baru yang memeluk islam membawa bersamanya pengalaman serta teknik seni bina daripada tamadun–tamadun sebelum islam. Ciri-ciri khasnya sendiri seperti bentuk kubah atau menara tempat azan dilaungkan. Ilham tentang ayat Al-Quran mengenai taman syurga memberikan idea–idea baru dalam membina taman –taman rekeasi begitu juga dengan seni bina kota. Kota–kota dibina dengan lebih terancang dan dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Walaupun nusantara mempunyai banyak kesenian yang tersendiri tetapi pengaruh Islam tetap ada dalam penyerapannya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya.


Batu nisan umpamanya, merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke kepulauan masyarakat melayu. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut di samping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari Gunung Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18, masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat di negara Indonesia di mana bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut 'Meru'. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri.

Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat dalam bentuk yang samar. Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama bertapak dalam masyarakat yang kaya dengan ilmu-ilmu kesenian dari turun temurun.
China Xian (西安)




Majlis NuiJie  
Malaysia




b)Seni Lukis 

Seni lukis pula berkait rapat dengan seni ukir. Seni lukis tamadun islam memperlihatkan kehalusan bentuk dan kecemerlangan warna. Objek lukisan yang menghiasi kulit atau halaman Al-quran dan kitab -kitab penting dengan unsur-unsur alam seperti dedaunan dan bungaan dan lain-lain lagi.














c)Seni Pakaian

Seni pakaian banyak melahirkan pakaian kebudayaan yang erkonsepkan ajaran islam. Selain menutup aurat pakaian ini juga melambangkan keperibadian sesuatu bangsa. Pakaian ini dijadikan pakaian rasmi mereka seharian. Dengan itu nilai seni suatu bangsa tidakkan hilang ditelan zaman.



d)Seni Pameran
Seni pameran juga tidak boleh dinafikan sebagai salah satu saluran seni,ini kerana terdapat sepotong hadis yang menerangkan bahawa : “Pada suatu pesta,Rasulullah s.a.w. mengizinkan orang-orang Habshah melakukan pameran dengan tombak dan perisai di masjid”(Bukhari 8:69)
Di nusantara yang kaya dengan pelbagai budaya menjadikan ia mempunyai banyak peluang untuk menggunakan saluran ini sebagai salah satu jalan perkembangan agama islam.


e)Seni Khat
Masjid –masjid di nusantara banyak dihiasi dengan seni khat yang digabungkan dengan ukiran –ukiran yang berkonsepkan alam mati. Alam mati ialah unsur-unsur alam seperti tumbuhan dan geometrik. Selain itu seni lukis yang digabungkan dengan seni khat digunakankan dalam membesarkan Allah dan menyanjung Rasulullah s.a.w juga berkembang ketika itu. ayat –ayat Al-Quran ditulis dengan seni kaligrafi juga menghiasi istana-istana di nusantara. Mihrab dan mimbar diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis dengan khat berbagai bentuk. Dari mihrab dan mimbar seni khat ini berkembang meluas ke dinding –dinding bahkan ke kubah di masjid-masjid di nusantara. Selain daripada ayat al-Quran dan Hadis syair dan kata hikmah. Dari masjid seni khat ini menjalar ke istana,gedung,tempat umum,barang perhiasan,perabot,dan lain-lain.
    




 2.     Audio visual (pemandangan dan pendengaran)

a)Seni Drama dan Perfileman
Drama dan filem di negara Indonesia dijadikan sebagai satu saluran menyampaikan dakwah. Ia juga di gunakan untuk menerangkan hukum–hukum islam secara tidak langsung.

b)Seni Pertahanan Diri
Di nusantara banyak terdapat seni mempertahankan diri. Kebanyakkanya diwarisi sejak turun-temurun. Antaranya ialah silat gayung,silat ini menegaskan pengamalnya untuk taat kepada suruhan islam. Mereka dilarang mengerjakan maksiat,taat mengerjakan ibadat,didalam amalannya disertakan dengan doa dari ayat-ayat suci Al-Quran. Asasnya ialah daripada kebatinan,batin yang bersih lahir daripada akidah yang bersih ini membawa kepada kecenderungan kepada seni islam.


 

c)Seni Teater
Seni teater dilakonkan dengan metafora gerak,perjuangan abadi anak Adam terhadap tipu daya iblis dan kejayaan manusia dalam pegangan itu berdasarkan pada wahyu. Seni teater ini mendapat reaksi yang positif dari masyarakat nusantara. Ini kerana mereka mahukan ketulenan sesuatu cerita serta kebenarannya. Seni ini juga dijadikan salah satu cabang dakwah di nusantara.







3.     Audio(pendengaran)

a)Seni Suara
 
Membaca Al-Quran dengan berlagu dilakukan di nusantara sebagai musabaqah membaca Al-Quran. Ia merupakan mukjizat Rasululluh s.a.w. Di nusantara musabaqah membaca Al-Quran diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir. Ia diadakan untuk menarik minat orang ramai menghayati Al-Quran. begitu juga dengan azan yang dilaungkan untuk memanggil orang mengerjakan ibadat solat. Azan diseru dengan suara yang merdu Berdakwah dan berpidato juga merupakan salah satu cabang seni suara yang digunakan dalam mengembangkan islam. Syair yang berbentuk keagamaan banyak dihasilkan di nusantara. Zikir beramai-ramai dengan nada irama yang sama dengan isi lagunya kerap diadakan di kenduri-kenduri,majlis-majlis tahlil antara lain membawa maksud pujian-pujian kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Berzanji juga kerap diadakan di majlis-majlis kenduri perkahwinan

b)Seni Deklamasi
Seni ini adalah satu teknik penyampaian dakwah tetapi ia adalah dalam bentuk terjemahan Al-Quran dan sastera agama. Mesej dakwah disampaikan melalui kaedah ini. Pemimpin–pemimpin negara kebanyakkannya mahir dalam seni ini. Pidato pula digunakan sebagai mangkin atau pencetus semangat. Al-Quran menerangkan : “Serulah mereka kepada jalan Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbicaralah dengan mereka dengan cara yang lebih baik,sesungguhnya tuhan mu lebih tahu tentang orang yang menyeleweng dari jalan-Nya dan Dia lebih tahu tentang orang-orang yang mendapat petunjuk” (Q. S An-Nah,16:125)


c)Seni Muzik

 Seni muzik juga mendapat tempat di nusantara. Pengaruh tamadun islam melahirkan melahirkan nasyid yang menyanyikan lagu-lagu yang menyanjung Allah dan Rasulullah. s.a.w dengan diiringi alat –alat muzik. Kebiasaannya alat-alat muzik seperti kompang, rebana dan lain-lain menjadi pilihan. Seni nasyid ini semakin diterima masyarakat nusantara. Ini kerana setiap lagu yang disampaikan mempunyai masejnya yang tersendiri.
Di Indonesia pula Rodat adalah salah satu cabang seni muzik ia dilakukan oleh sejumlah orang,konsepnya menyamai nasyid cuma lagu yang dimainkan adalah dalam bahasa arab. Selain itu syair bercorak agama juga dimainkan dengan alat-alat muzik. Seperti yang diriwayatkan oleh Tarmizi meriwayatkan dari Aisyah,Rasulullah s.a.w bersabda: “Umumkanlah pernikahan ini,lakukan dalam masjid dan masukkan rebana“
Nasyid-nasyid ini dapat memupuk perasaan halus manusia supaya lebih sensitif terhadap nilai ma’ruf dan mencegah nilai mungkar. Selain itu nasyid juga ialah cara untuk melagukan ketakwaan kepada Allah dengan membaca ayat –ayat tuhan dengan merdu. Ia juga salah satu jalan perkembangan islam di nusantara ini,disebabkan kebudayaan,bahasa pertuturan,cara hidup yang hampir sama.



4.     Verbal(pembacaan)

a)Seni Sastera
Dalam memperkatakan tentang sastera,tulisan tidak dapat di pisahkan darinya. Tulisan adalah merupakan salah satu ciri-ciri tamadun islam. Sejak dahulu lagi seni tulisan ini penting dalam sejarah islam ini kerana tulisan adalah saluran seni yang berbeza dengan saluran seni yang lain. Ini kerana tulisan adalah kekal. Di zaman kegemilangan tamadun islam cendiakawan islam menulis tentang ajaran dan amalan islam didalam 6 buah juta buku. Antaranya kisah –kisah nabi,dan pahlawan islam. Dinusantara juga banyak buku berkisarkan sejarah zaman kesultanan dan buku dakwah. Kerana pada masa itu perjuangan pengembangan agama islam juga di pelopori oleh seni penulisan. Pada zaman kegemilangan tamadun islam juga seni ini dipraktikkan. Ini kerana cara ini lebih meninggalkan kesan yang mendalam.
Di nusantara pengaruh tamadun islam dalam bidang sastera ini banyak melahirkan prosa puisi yang menerangkan tentang kebesaran Allah dan menyanjung Rasulullah s.a.w. Sastera juga berperanan penterjemahan Al-Quran ini kerana kebanyakkan masyarakat di nusantara ini kurang mahir memahami dan mengolahkannya. Di sebab kan itu banyak karya-karya seni dan sastera prosa di terjemah kan dalam bahasa masyarakat nusantara. Kebanyakkan prosa ini berasal dari kurun Abbsiyah.

Berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh pengarang-pengarang zaman kegemilangan islam,ini menjadi pembakar semangat pengarang-pengarang di nusantara untuk menghasilkn karya yang lebih berani dan benar,disamping itu juga perubahan gaya bahasa cara olahan berlaku. Ini adalah satu pemulihan baru dunia sastera sehingga kini di nusantara. Terdapat sepotong hadis yang membawa maksud : “Hassan Ibnu Thabit dalam mempertahankan nabi dari pada ejekan dan cemuhan lawannya dengan mendeklamsikan sajak –sajaknya didalam masjid “(Bukhari 8:68)




Secara keseluruhannya, keempat-empat saluran ini ditambah lagi nilai-nilainya dengan kedatangan pengaruh tamadun islam. Ini melahirkan satu unsur kesenian yang pelbagai malah kebanyakkan unsur-unsur kesenian ini telah dicampurkan dengan ajaran islam. Oleh sebab itu bidang kesenian ini dapat di terima masyarakat di nusantara sesuai dengan kefleksibelan agama islam. Tamadun Islam adalah satu tamadun yang kaya dengan kebudayaanya begitu jugalah dengan sumber-sumber yang lain. Tamadun islam banyak memberikan kesan dan perubahan baru kepada masyarakat di nusantara. Seperti yang diterangkan diatas saluran kesenian terbahagi kepada 4. Dibawah diterangkan dengan lebih lanjut.






Penutup

Kesenian ialah suatu segi kebudayaan yang mengrangkumi seluruh aspek kehidupan. Pengaruh tamadun islam di nusantara dari segi kesenian banyak mencorakkan cara hidup masyarakat nusantara.

Malah dengan adanya kesenian ajaran –ajaran islam dapat dihayati dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini akan menyinarkan kembali kegemilangan tamadun islam yang malap. Dengan permuafakatan masyarakat di nusantara dan mengamal ajaran islam dengan sebenar-benarnya.


Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial


 Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial    

Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial amat penting dalam mencapai taraf  kemajuan kehidupan masyarakat . Sistem sosial pada  umumnya ialah pergaulan dan hubungan sesame manusia dalam suatu kelompok utama .Jika berbanding dengan  zaman jahiliah,keadan masyarakat adalah kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan.kedatangan agama islam  telah mengubah corak kehidupan seharian masyarakat melayu.Melalui ajaran islam yang disebarkan,  nilai-nilai moral masyarakat telahbanyak dipengaruhi oleh nilai-nilai murni yang diajar dalam  agama  islam . Sosial bermaksud pergaulan serta hubungan manusia dan kehidupan kelompok manusia terutama dalam masyarakat yang teratur. Manusia merupakan makhluk sosial di mana mereka membentuk kesatuan sosial dan kesatuan sosial yang terbesar dipanggil masyarakat. Manusia akan hilang sifat kemanusiaannya jika tiada perhubungan dan pergaulan sesama mereka dalam kehidupan mereka di mana kedudukan mereka akan jatuh setaraf dengan haiwan jika hanya hidup bersendirian . 
        Hubungan manusia dengan manusia merupakan tata kedua dalam pola hubungan yang diprinsipkan oleh Islam. Al-Quran menekankan hubungan manusia dengan Allah yang disebut ibadat dan juga hubungan manusia sesama manusia yang dikenali sebagai mua’malat atau sosial. Pengertian mu’amalat yang digunakan sebagai istilah dalam ilmu Islam adalah lebih luas daripada pengertian yang biasanya diguna  pakai orang. Ada yang menggunakan istilah mu’amalat dengan ” perbuatan manusia dalam kehidupan seharian sesama mereka mengenai harta seperti hukum jual beli, sewa menyewa, upah mengupah, pinjam meminjam, perkongsian dan sebagainya”. Ada pula yang memberi maksud sebagai ” urusan keduniaan seperti jual beli, upah mengupah, pinjam meminjam dan sebagainya “. 
       Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Apabila mu’amalat membawa erti sebagai tata pergaulan hidup atau sosial maka dengan sendirinya kekeluargaan dan jenayah termasuk di dalamnya. Mengikut kajian ilmu Islam sebaiknya mu’amalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia sebagai lanjutan kepada ibadat khusus yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.
       Kelompok sosial membentuk masyarakat di mana warga masyarakat memerlukan masa yang lama untuk hidup dan bekerjasama dalam membentu cara hidup. Cara hidup itulah yang dipanggil kebudayaan. Oleh itu yang membentuk kebudayaan  ialah sosial. Hubungan antara sosial dengan kebudayaan adalah berkait rapat di mana sosial membentuk kebudayaan dan kebudayaan mengatur sosial. Hubungan yang rapat ini dinyatakan dalam istilah sosiobudaya. Kebudayaan adalah pola cita manakala sosial pula merupakan pola laku. Sosial membentuk masyarakat dan masyarakat pula melahirkan kebudayaan.
     Sosial bukan Islam didasarkan kepada pengalaman, tradisi, pemikiran dan cita-cita manusia manakala sosial Islam berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Allah dan rasulNya. Islam tidak pula menyisihkan pengalaman, tradisi dan pemikiran manusia tetapi perkara tersebut hanya bertindak sebagai cara pelaksanaan bukannya menyusun prinsip.
       Sistem sosial Islam tersusun sebagaimana di bawah :
  a .  Hubungan dengan diri sendiri
  b .  Hubungan dengan keluarga
  c .  Hubungan dengan jiran
  d .  Hubungan dengan masyarakat Islam
  e .  Hubungan dengan masyarakat bukan Islam


Kesan-kesan pengaruh islam terhadap aspek sosial

(a)Taraf dan kedudukan masyarakat.
Islam  telah  mengangkat   taraf  manusia  dan meyamakan kedudukan mereka di sisi ALLAH s.w.t. Ia membentuk system masyarakat manusia yang saling mengasihi dan menghormati. Kedatangan islam ke alam melayu juga menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan  penghormatan. Komunikasi antara masyarakat berjalan dengan lancer menerusi sifat hormat-menghormati dan bergotong-royong .Persefahaman  antara bangsa  ,kemajuan dan kemakmuran manusia banyak bergantung kepada sikap saling menghormati , akhlak yang berasaskan kepada keimanan ,keadilan , dan kuasa institusi bangsa-bangsa .

(b)Amalan tradisional dan kekeluargaan
 Tamadun islam juga bersifat fleksibel. Ia bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur kebudayaan dari luar daripada meresapinya.Tamadun islam bersikap positif  dan berlapang dada untuk menerima pengaruh luar sebagai unsur-unsur tambahan yang dapat mengukuh dan memperkasakan peradaban tersebut. Dari aspek sosial pula ,setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat  tanpa mengira tua , muda,keturunan ,bangsa,dan jantina.Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesame manusia.Ianya dapat menghapuskan permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun-temurun.

(c) Gejala social
Perbuatan ini bererti menentang dan melawan ketetapan  dan kekuasaan Allah SWT .Sebagai contoh, perbuatan membunuh diri dan membunuh orang lain dianggap  melakukan jenayah sosial yang besar.Perbuatan tersebut menyebabkan seseorng itu berhak memperolehi azab yang berat di Akhirat .Al-Quran menyebutkan :siapa yang melakukan demikian secara ceroboh dan zalim , maka Allah akan membakarnya dengan api . (surah al-Nisa’, ayat:30) .Perkara yang berhubung dengan kehidupan  dan kawalannya adalah diwajibkan Allah kepada manusia. Contoh: menjaga kesihatan , melawan dan mengubati penyakit dan wabak. Rasulullah s.a.w pada zamannya tidak pernah memandang remaja sebagai seorang ´kanak-kanak´ yang tidak mengerti apa-apa dan tidak berkepentingan di dalam perkembangan yang berkaitan dengan hal ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat prihatin akan pembangunan dan pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan mereka sambil memberikan nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara pada masa depan.
Namun, zaman yang bertukar ganti memperlihatkan kehidupan dan kepentingan seorang remaja dilihat tidak lebih daripada seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan masih lagi ´kecil´ untuk mengerti apa-apa hal pun yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah negara.
Remaja kini sering sahaja digambarkan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan senantiasa inginkan kebebasan mengikut perasaan mereka sendiri. Mereka berasakan bahawa mereka sudah bijak untuk menilai baik buruk sesuatu perkara itu tanpa sebarang campur tangan daripada pihak ibu bapa waima sesiapa pun.
Meneliti keadaan sosial golongan remaja kini, pelbagai aspek perlu diteliti mengenai punca sebenar mengapa dan bagaimana terjadinya kebejatan yang semakin menggugat imej remaja itu sendiri. Antara faktor yang mendorong ke arah kerosakan ini adalah persekitaran.
Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek tertentu namun pada masa yang sama menghindarkan perkembangan aspek lain. Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran sosial budaya yang bersifat sekular liberal dan materialistik. 
Kewujudan pusat-pusat peranginan yang tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya Melayu dan agama Islam secara tidak langsung memudaratkan lagi kebejatan sosial di kalangan remaja ini. Percampuran bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan oleh pelancong-pelancong asing tadi pastinya merupakan suatu perlakuan yang sangat mudah menjadi ikutan para remaja ini. 
Budaya hiburan dan ungkapan ´born to be free´ dan ´muda hanya sekali´, sudah sinonim dengan kehidupan remaja kini. Kehidupan hingar-bingar di kota-kota besar kini seakan keperluan asas bagi remaja ini. ´keperluan´ ini pula secara langsungnya, menghidupkan dan menyuburkan lagi kewujudan pusat-pusat hiburan. Malah, akibat daripada ´sokongan padu´ yang ditunjukkan oleh remaja ini merancakkan lagi pusat-pusat hiburan yang berlesen mahupun tanpa lesen ini memanjangkan lagi waktu operasinya sehinggakan ke dinihari. 
Selain daripada itu, pemujaan kepada golongan artis oleh golongan remaja kini telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Masakan tidak, konsert-konsert bergerak yang dianjurkan seolah-olah telah menjadi satu ´trend´ oleh pelbagai pihak tertentu kini. Malahan ada dikalangkan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung di sebalik konsert amal seperti konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan Tsunami, gempa bumi, malam anak-anak yatim, malam bersama-sama anak-anak cacat dan seumpamanya. Semua ini dengan alasan kononnya di samping meraih keuntungan besar, mereka dapat beramal dengan mendermakan sebahagian hasil kepada tabung amal tadi. 
Masyarakat umumnya dan remaja khasnya boleh dikatakan ketandusan role model yang boleh dijadikan contoh ikutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada di peringkat individu mahupun di peringkat pucuk kepimpinan. Kita tidak dapat nafikan banyak yang pandai bercakap mengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap tetapi berapa ramai yang benar-benar beramal dengannya? Anak-anak muda ini mudah terkeliru dan sering tercari-cari di manakah ´role model´ yang perlu mereka ikuti. 
Malangnya, dengan mengambil jalan pintas, remaja ini sering mengambil role model yang sering mereka tatap dan ikuti perkembangan hidupnya. Contoh yang mudah ialah kehidupan para artis tidak kira dalam atau luar negara. Ini kerana mereka sering mendapat liputan meluas dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah apabila artis-artis ini mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan golongan yang sepatutnya menjadi role model yang terbaik seperti golongan para ulama dan ilmuwan sering dipinggirkan. 
Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa banyak memberikan perkembangan dan maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara. Namun, media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan peranan utamanya sebagai agen pengubah tidak berlaku dengan berkesan sehingga banyak perkara-perkara kebejatan berlaku. 
Internet sememangnya telah mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Termasuk yang sedang diubah adalah pemikiran umat Islam. Mungkin berbanding dengan umat lain, penggunaan internet di kalangan umat Islam masih rendah. Akan tetapi golongan kecil orang Islam yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruhnya. Apa yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan dihalang tidak seperti media massa lain. 
Maka dengan itu, bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannya. Begitu juga dengan bahan-bahan subversif termasuklah tulisan yang bersifat menentang agama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat terutamanya umat Islam. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini. Begitu juga Malaysia Selama ini kerajaan dapat membendung kemasukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak. 
Selain internet pengaruh media massa seperti televisyen juga merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial. Banyak rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen yang memaparkan adegan-adegan ganas, tahayul dan seks.Ini boleh mendorong masyarakat ke arah berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan kelakuan yang tidak baik. 
Tidak dapat disangkal bahawa media massa dan keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara faktor-faktor penting berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas. Selain daripada media cetak , media elektronik memainkan peranan yang tidak kuran hebatnya dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak remaja. 
Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, para pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas dan luar, budaya barat, budaya dadah, tahayul dan seks bebas. Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yang telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa di pasaran. Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas, pelacur murahan, homoseksual, lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram. 
Selain itu majalah-majalah berbentuk hiburan juga banyak memberi kesan negatif ke atas kelakuan masyarakat pada hari ini. Banyak majalah yang berada di pasaran hari ini yang memaparkan gambar artis-artis Barat dan memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya hidup mereka yang tidak berpaksikan kepada ajaran agama. Pengaruh budaya Barat ini begitu mudah menyelinap masuk ke dalam kehidupan golongan remaja kita. Kebanyakan golongan remaja, terutamanya orang Melayu sangat mudah terpengaruh dengan budaya ini.

(d)Memelihara harta benda .
Allah SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap manusia untuk memiliki dan memelihara harta yang ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta dalam kehidupannya mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam, harta dibenarkan untul dimiliki bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT . harta yang dimiliki tidak boleh dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan AllahSWT.manusia yang merampas dan mengambil serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan kebenaran akan dikenakan siksaan yang berat dan di akhirat. Dalam pemeliharaan harta, transaksi jual beli harus dilakukan secara halal. Jika tidak, maka eksistensi harta akan terancam, baik pengelolaan atau pemanfaatannya. Kerana itu, pihak perusahaan dilarang melakukan kegiatan yang secara jelas melangar aturan syara’. Dalam konteks tanggung jawab sosial perusahaan (corporate social responsibility/CSR), maqashid as-yari’ah ditujukan agar pelaku usaha atau pihak perusahaan mampu menentukan skala prioritas kebutuhannya yang terpenting. Kebutuhan-kebutuhan itu tidak hanya diorientasikan untuk jangka pendek, tetapi juga jangka panjang dalam mencapai ridha Allah. Kegiatan ekonomi tidak saja melibatkan aspek materi, tapi juga kualitas keimanan seorang hamba kepada Allah Swt.

Oleh kerana itu, konsep pembanguan yang melibatkan maqashid as-yari’ah dimaksudkan agar terbentuk pribadi-pribadi muslim yang memiliki keimanan dan ketakwaan. Tentu saja sikap ini tidak saja didapatkan dari lubuk hati yang dalam. Tetapi, dilandasi juga dari kesadaran manusia untuk melaksanakan kewajiban sebagai seorang hamba-Nya. Kewajiban mengaplikasikan tanggung jawab seorang hamba untuk melakukan kejujuran, kebenaran, kebajikan dan kasih sayang terhadap seluruh data kehidupan aktual. Islam mengajarkan tanggung jawab agar mampu mengendalikan diri dari tindakan melampaui batas kewajaran dan kemanusiaan. Tanggungjawab  kepada Allah, kepada sesama dan lingkungannya.

(e)Nilai-nilai murni masyarakat melayu
kehadiran islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat melayu di mana mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran islam.sebagai contohnya,struktur masyarakat menjadi lebih tersusun,kepatuhan serta ketaatan kepada ketua lebih diperkukuhkan lagi.Begitu juga dengan adat  dan  pantang larang yang diamalkan sejak  dahulu.kedatangan islam juga telah Berjaya mengatur perjalanan kehidupan masyarakat melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan sesame manusia. Ajaran islam sangat menitik beratkan berkaitan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesame manusia Antara nilai-nilai mulia yang diajar adalah seperti member keutamaan kepada yang tua atau berusia.Dalam kehidupan masyarakat melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti datuk , nenek , along ,angah, pak cik , mak cik , dan sebagainya.

(f) Etika sosial islam
Tubuh umat adalah adalah laksana satu  makhluk hidup, yang dapat menderita penyakit dan gangguan, seperti halnya tubuh seorang individu. Dan sebagaimana halnya pemerintah berusaha memelihara individu dan masyarakat dari ancaman penyakit yang berbahaya dan gangguan buruk, begitu juga syari'at dan peradaban-peradaban yang tinggi berusaha menjaga masyarakat dari penyakit-penyakit sosial dan moral. Sehingga tubuh umat terus terpelihara dari penyakit; kuat, kokoh, dapat menjalankan kewajibannya dengan penuh vitalitas, mampu menghadapi kesulitan dengan tegar, dapat hidup dengan mulia, tangguh daya tahannya, mulia tujuannya, terpuji akhlak dan nama baiknya, menikmati keamanan yang menyeluruh, dan memiliki kebahagiaan yang dirasakan oleh seluruh manusia. Sehingga dalam ketenteraman dan ketinggian ruhani mereka, mereka laksana malaikat langit yang tidak merasakan takut dan kesedihan.
Barangkali, yang menyebabkan kita ketinggalan dari gerbong kehidupan yang mulia dan terhormat adalah, perhatian kita terhadap penyakit sosial masyarakat kita amat rendah dibandingkan perhatian kita terhadap upaya mengejar pertumbuhan pendapatan, kekayaan dan berbagai bidang kehidupan masyarakat. Masih banyak dari kita yang berkeyakinan bahwa aspirasi dan kedudukan kita tidak akan dihormati serta tidak akan mendapakan tempat yang layak, kecuali jika kita telah memiliki semua bentuk kemewahan dan kemegahan dalam kehidupan bangsa-bangsa yang terhormat pada masa kini. Mereka lupa, bahwa kemewahan kebendaan  adalah buah dari kemajuan peradaban, bukan fondasi kebangkitan peradaban itu. Dan bangsa-bangsa yang saat ini dikagumi dengan kemajuan ilmu pengetahuannya, tekhnologinya, seninya dan kekuatan militernya, mereka itu tidak melupakan penyakit-penyakit sosial masyarakat mereka pada awal kebangkitan mereka; tidak seperti sikap kita yang melalaikan hal itu saat kita ingin mewujudkan kebangkitan peradaban kita; dan mereka pun tidak terjerumus dalam kelalaian seperti yang terjadi dengan kita. Umat adalah kumpulan dari individu-individu yang bersatu dengan teguh, maka setiap kali individu itu baik, maka baik pulalah umat itu, dan saat akhlak umat terpelihara dengan kuat dan bersih, maka arah kemajuannya menjadi baik, dan tujuannya menjadi lurus.
Dapat dikatakan, Islam adalah agama yang paling banyak memberikan perhatian terhadap keseimbangan antara pelbagai kekuatan  dalam masyarakat, dan terhadap  upaya membangun umat yang kuat, yang tidak memiliki celah-celah kelemahan. Anda akan dapati bahwa Islam amat memberikan perhatian dalam masalah pengaturan kehidupan material manusia, lebih dari yang diberikan oleh aliran-aliran ekonomi; ia juga memberikan perhatian dalam masalah meluruskan moral masyarakat, lebih dari perhatian yang diberikan oleh aliran-aliran moral yang ada di dunia ini; demikian juga Islam amat memperhatikan masalah penyucian ruhani dan pembersihan jiwa, lebih dari perhatian yang diberikan oleh agama-agama ruhani (gnostis). Islam menyeleraskan semua dimensi tadi dengan baik, sehingga Anda akan mendapati Muslim yang sejati tampil kuat dalam seluruh dimensi kehidupannya : kuat ruhaninya, kuat akhlaknya, kuat pisiknya, dan kuat dalam seluruh bidang kehidupan. Alangkah agungnya sabda Rasulullah Saw berikut ini: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWt daripada Mukmin yang lemah." (HR. Muslim)
Tidak dipungkiri lagi, saat ini kita mengalami banyak penyakit sosial yang akut. Yang keberadaannya menyebabkan umat ini tidak mungkin dapat meraih kebangkitannya, dan tidak dapat berjalan dengan baik. Penyakit sosial kita itu berbeda-beda bentuknya, baik dalam lingkup individu, keluarga maupun masyarakat. Penyakit itu melanda semua lapisan masyarakat, baik yang terpelajar maupun kalangan awam, yang tua maupun yang muda, orang kota maupun penduduk pedesaan.
Oleh  itu, pembicaraan kami akan difokuskan pada upaya mengenali penyakit-penyakit itu dan upaya penanggulangannya. Metofera yang kami gunakan adalah berbicara dari ruh ke ruh, dan dari hati ke hati. Sehingga diharapkan  lapiran masyarakat tertarik untuk memperhatikan dan mendengarkannya, meskipun mereka  berkeyakinan, aliran politiknya dan kedudukan sosialnya. Semoga, dengan begitu, kebangkitan masyarakat kita di era modern ini dapat berjalan di jalan yang lurus dan tidak menyimpang.
Barangkali, titik berangkat untuk mengobati penyakit akhlak sosial kita dimulai dari lingkup individu; karena individu adalah sel pertama dalam bangunan masyarakat. Gerakan-gerakan reformasi masyarakat selalui memulai usahanya dari lingkup individu, bukan dari lingkup masyarakat. Memperbaiki dan mengkader sepuluh orang dari setiap daerah dengan sebaik-baiknya, sehingga membuat mereka dapat menjadi pelopor masyarakat dalam mengikuti petunjuk, kebaikan dan istiqamah, inilah yang nanti akan mengantarkan masyarakat mereka kepada kebaikan dan kepada kehidupan social yang bersih. Rasulullah Saw sendiri tinggal di Makkah (setelah pengutusan beliau)selama tiga belas tahun memfokuskan diri untuk mendidik dan mengkader individu-individu umat beliau, sehingga saat binaan beliau telah mencapai puluhan orang, mulailah beliau bergerak untuk membangun negara yang baik, dan peradaban yang baik pula. Abu Bakar, Umar, Ali, Utsman, ibnu Mas'ud dan para sahabat semacam mereka-lah yang berperan dalam mendirikan bangunan negara dan peradaban Islam yang cemerlang. Mereka itulah yang diajarkan dan dididik oleh Rasulullah Saw di pelosok-pelosok kota Mekkah, di Darul Arqam, dan di halaman Ka'bah, untuk memperkuat ruhani mereka, menggembleng jiwa mereka, dan meluruskan akhlak mereka. Sehingga saat mereka yang dididik itu mulai berperan dalam membela agama Islam, mereka segera menunjukkan hasil yang demikian besar, dan peran mereka tak tertandingi dalam membawa manusia menuju hidayah Islam.
Individu-individu yang telah menciptakan negara-negara dan mendirikan peradaban-peradaban, yang meruntuhkan tirai kebodohan, yang menjelajahi segenap cabang ilmu pengetahuan, yang merubah perjalanan sejarah, dan yang telah menciptakan pengaruh yang besar dsalam kehidupan bangsa mereka atau kehidupan manusia, mereka itu adalah individu-individu yang memiliki kemaun yang keras, akhlak yang lurus, dan kehidupan mereka terbebaskan dari penyakit kejiwaan maupun pisik yang berbahaya. Saat mengatakan begitu, aku tidak bermaksud meremehkan masyarakat, dan menafikan peran dan sumbangsih mereka dalam gerakan reformasi; karena pada dasarnya pada masyarakat adalah tonggak semua gerakan reformasi dan revolusi social yang besar, namun kekuatan masyarakat itu selalu bersipat seperti tubuh yang membutuhkan akal yang menyusun strategi dan berpikir. Ia adalah seperti mobil yang keberadaannya membutuhkan semua elemen mobil itu, namun ia tidak dapat berjalan tanpa keberadaan sang sopir. Jika suatu gerakan reformasi ditakdirkan memiliki pemimpin yang mengusung misinya, menyebarkan prinsip-prinsipnya, dan membuka mata masyarakat akan cahaya yang terang benderang, niscaya masyarakat akan mampu meniti jalannya menuju kebaikan, dan menunaikan misinya yang besar dalam sejarah.


Untuk mewujudkan individu yang baik, didirikanlah sekolah dan universitas, masjid dan tempat ibadah, organisasi masa dan klub. Dari sini, maka misi sekolah, masjid dan ormas saling melengkapi satu sama lain. Di masjid, ruh individu itu dibangun, kemudian di sekolah akalnya dikembangkan, sementara di ormas akhlaknya-lah yang dibina. Oleh karena itu, keberadaan semua institusi tadi secara bersamaan adalah bagian dari kebutuhan primer masyarakat Islam yang sehat, sementara ketiadaan salah satu institusi tadi adalah petunjuk adanya ketidak lengkapan dan kekacauan dalam masyarakat itu. Sekolah tidak lengkap tanpa keberadaan masjid, dan ormas juga tidak dapat sempurna tanpa adanya sekolah. Orang-orang yang berpendapat bahwa masjid bukanlah bagian pokok dari bangunan masyarakat, mereka mengatakan demikian karena mereka hanya ingin membangun generasi yang berakal namun tidak memiliki ruhani. Sikap mereka itu salah, begitu pula halnya orang yang mengatakan bahwa sekolah bukanlah sesuatu yang penting dalam bangunan masyarakat modern, dan mengatakan bahwa masjid atau ormas tidak membutuhkannya. Karena ruhani tidak dapat hidup tanpa adanya akal, dan akal serta ruhani tidak dapat menjalankan fungsinya jika tidak disertai akhlak yang membimbingnya untuk menjalankan pekerjaan sosial yang menghasilkan dan bermanfaat.


Pembangunan kemasyarakatan dalam islam

Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur masyarakat dalam   sesebuah     negara    juga    harus   dibangunkan   berlandaskan   kepada  syariat   Islam. Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara   merangkumi dalam   segala   aspek seperti kerohanian, jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun bentuknya meskipun hal itu menyentuh perkara–perkara yang sangat berat.

Islam juga sangat memberi perhatian kepada tentang pembentukan keluarga. Islam membuat peraturan yang teliti yang menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan setiap anggotanya serta peraturan muamalat dalam hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan anak–anak dan menanamkan benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.
Ia adalah kerana, di dalam mengukuhkan institusi keluarga, penetapan tingkah laku para anggotanya merupakan pengukuhan masyarakat dan penetapan tingkahlakunya serta penyebaran nilai–nilai kemanusiaan dan sosial yang tinggi di antara para anggota masyarakat itu, sehinggalah jauh dari kekaburan, kesesatan dan keruntuhan moral. Kajian yang teliti bagi sistem sosial dan masyarakat Islam menempatkan kita di hadapan hakikat yang cemerlang iaitu masyarakat Islam bukanlah masyarakat yang kolot tetapi masyarakat yang terbuka. Islam tidak menegakkan hubungan sosial yang umum di atas dasar fanatik keturunan, golongan atau agama yang kolot.
Islam menyatakan bahawa semua ahli masyarakat adalah hamba Allah dan tugas untuk membangunkan masyarakat mestilah mengikut landas keislaman yang utuh tanpa terikat kepada hawa nafsu. Tiada perbezaan antara mereka dan semuanya bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Islam juga turut memberikan keutamaan terhadap kaum wanita kerana mereka juga adalah sebahagian dari masyarakat. Wanita dalam Islam tidak boleh disalahtafsirkan kerana mereka juga mempunyai keupayaan dalam membangunkan sesebuah organisasi namun mereka perlu jelas mengenai tanggungjawab khusus mereka terutamanya dalam keluarga.
Oleh itu, semua ahli masyarakat perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam demi meningkat pembangunan umat khususnya. Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa terdapat beberapa elemen penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu :

1.     Pewujudan keadilan yang mutlak dalam masyarakat
2.     Pengamalan konsep amal makruf dan nahi mungkar
3.     Pembentukan keluarga bahagia
4.     Persamaan taraf antara masyarakat.

Kesimpulan
Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan.  Wertheim berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain.  Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan.  Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal.
Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara.  Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme  yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah.  Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme.
Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak.  Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka.  Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah.  Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi  dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.