Sunday 29 April 2012

 Kesan-kesan Pengaruh Islam Terhadap Aspek 

Sosial

a)Taraf  dan  kedudukan  masyarakat.

          Islam  telah  mengangkat   taraf  manusia  dan menyamakan kedudukan mereka di sisi
ALLAH s.w.t. Ia membentuk sistem masyarakat manusia yang saling mengasihi dan
menghormati. Kedatangan islam ke alam melayu juga menjadikan golongan bawahan mula
mendapat perhatian dan  penghormatan. Komunikasi antara masyarakat berjalan dengan lancar
menerusi sifat hormat-menghormati dan bergotong-royong . Kedudukan wanita juga dipelihara
kerana mereka  memberi banyak sumbangan terhadap masyarakat. 
                                   
(b)Amalan tradisional dan kekeluargaan

 Tamadun islam juga bersifat fleksibel. Ia bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur kebudayaan dari luar daripada meresapinya.Tamadun islam bersikap positif  dan berlapang dada untuk menerima pengaruh luar sebagai unsur-unsur tambahan yang dapat mengukuh dan memperkasakan peradaban tersebut.  Dari aspek sosial pula ,setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat  tanpa mengira tua , muda,keturunan ,bangsa,dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesame  manusia .Ianya dapat menghapuskan permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun-temurun. 
                                                  
(c) Gejala sosial 

   Perbuatan ini bererti menentang dan melawan ketetapan  dan kekuasaan Allah SWT .Sebagai contoh, perbuatan membunuh diri dan membunuh orang lain dianggap  melakukan jenayah sosial yang besar. Perbuatan tersebut menyebabkan seseorng itu berhak memperolehi azab yang berat di Akhirat . Al-Quran menyebutkan :siapa yang melakukan demikian secara ceroboh dan zalim , maka Allah akan membakarnya dengan api . (surah al-Nisa’, ayat:30) . Contoh pemerintah islam , Rasulullah s.a.w pada zamannya tidak pernah memandang remaja sebagai seorang ´kanak-kanak´ yang tidak mengerti apa-apa dan tidak berkepentingan di dalam perkembangan yang berkaitan dengan hal ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat prihatin akan pembangunan dan pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan mereka sambil memberikan nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara pada masa depan.
                                
(d)Memelihara harta  benda

     Allah SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap manusia untuk memiliki dan memelihara harta yang ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta dalam kehidupannya mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam, harta dibenarkan untul dimiliki bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT .  Harta yang dimiliki tidak boleh dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan AllahSWT.manusia yang merampas dan mengambil serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan kebenaran akan dikenakan siksaan yang berat dan di akhirat. 
                 
         Tetapi, dilandasi juga dari kesedaran manusia untuk melaksanakan kewajiban sebagai seorang hamba-Nya. Kewajiban mengaplikasikan tanggungjawab seorang hamba untuk melakukan kejujuran, kebenaran, kebajikan dan kasih sayang terhadap seluruh data kehidupan aktual. Islam mengajarkan tanggungjawab agar mampu mengendalikan diri dari tindakan melampaui batas kewajaran dan kemanusiaan. Tanggungjawab  kepada  Allah, kepada sesama dan lingkungannya.

(e)Nilai-nilai murni masyarakat melayu
                  
        kehadiran islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat melayu di mana
mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran islam.
Sebagai contohnya, struktur masyarakat menjadi lebih tersusun ,kepatuhan serta ketaatan kepada
ketua lebih diperkukuhkan lagi.Begitu juga dengan adat  dan  pantang larang yang diamalkan
sejak  dahulu.kedatangan islam juga telah berjaya mengatur perjalanan kehidupan masyarakat
melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan sesame manusia. Ajaran islam sangat menitik
beratkan berkaitan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia Antara nilai-nilai
mulia yang diajar adalah seperti  keutamaan kepada yang tua atau berusia. Dalam kehidupan
masyarakat melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat
dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti datuk , nenek , along ,angah, pak cik ,
mak cik , dan sebagainya. 

(f) Etika social islam

              Tubuh umat adalah adalah laksana satu  makhluk hidup, yang dapat menderita penyakit dan gangguan, seperti halnya tubuh seorang individu. Dan sebagaimana  pemerintah berusaha memelihara individu dan masyarakat dari ancaman penyakit yang berbahaya dan gangguan buruk, begitu juga syari'at dan peradaban-peradaban yang tinggi berusaha menjaga masyarakat dari penyakit-penyakit sosial dan moral. Sehingga tubuh umat terus terpelihara dari penyakit; kuat, kokoh, dapat menjalankan kewajibannya dengan penuh vitalitas, mampu menghadapi kesulitan dengan tegar, dapat hidup dengan mulia, tangguh daya tahannya, mulia tujuannya, terpuji akhlak dan nama baiknya, menikmati keamanan yang menyeluruh, dan memiliki kebahagiaan yang dirasakan oleh seluruh manusia.                                     
                               
Pembangunan Kemasyarakatan Dalam Islam
           Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur
masyarakat dalam   sesebuah     negara    juga    harus   dibangunkan   berlandaskan   kepada   syariat   Islam. Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara   merangkumi dalam   segala    aspek seperti kerohanian, jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun

bentuknya meskipun hal itu menyentuh perkara–perkara yang sangat berat. 

          Islam  sangat memberi perhatian kepada pembentukan keluarga. Islam membuat peraturan yang teliti  menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan setiap anggotanya serta peraturan dalam  hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan anak–anak dan menanamkan benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.

          Oleh itu, semua ahli masyarakat perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam
 demi meningkat pembangunan umat khususnya. Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa
terdapat beberapa elemen penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu :

    1. Pewujudan keadilan yang mutlak dalam masyarakat
    2. Pengamalan konsep amal makruf dan nahi mungkar
    3. Pembentukan keluarga bahagia
    4. Persamaan taraf antara masyarakat.

kesimpulannya

Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan.  Wertheim berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain.  Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan.  Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal. Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara.  Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme  yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah.  Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme.Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak.  Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka.  Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah.  Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi  dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.

 Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Asia Dalam Aspek 

Sosial    

       Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial amat penting dalam mencapai

taraf  kemajuan kehidupan masyarakat . Sistem sosial pada  umumnya ialah pergaulan dan

hubungan sesama manusia dalam suatu kelompok utama .Jika berbanding dengan  zaman

jahiliah ,keadaan masyarakat adalah kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan .Kedatangan

agama islam  telah mengubah corak kehidupan seharian masyarakat melayu .Melalui ajaran

islam yang disebarkan,  nilai-nilai moral masyarakat telah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai

murni yang diajar dalam  agama  islam.

       Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang

kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Mengikut kajian ilmu Islam

sebaiknya mu’amalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia sebagai lanjutan

kepada ibadat khusus yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.

Sistem sosial Islam tersusun sebagaimana di bawah :
  a .  Hubungan dengan diri sendiri
  b .  Hubungan dengan keluarga
  c .  Hubungan dengan jiran
  d .  Hubungan dengan masyarakat Islam
  e .  Hubungan dengan masyarakat bukan Islam

pengaruh tamadun islam

 Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek       sosial     

Kesan-kesan pengaruh islam terhadap aspek sosial

(a)Taraf  dan  kedudukan  masyarakat.
          
           Islam  telah  mengangkat   taraf  manusia  dan menyamakan kedudukan mereka di sisi

ALLAH s.w.t. Ia membentuk sistem masyarakat manusia yang saling mengasihi dan

menghormati. Kedatangan islam ke alam melayu juga menjadikan golongan bawahan mula

mendapat perhatian dan  penghormatan. Komunikasi antara masyarakat berjalan dengan lancar

menerusi sifat hormat-menghormati dan bergotong-royong . Kedudukan wanita juga dipelihara

kerana mereka  memberi banyak sumbangan terhadap masyarakat. 
                                
                               imgres.jpg

(b)Amalan tradisional dan kekeluargaan

               Tamadun islam juga bersifat fleksibel. Ia bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur

kebudayaan dari luar daripada meresapinya.Tamadun islam bersikap positif  dan berlapang dada untuk

menerima pengaruh luar sebagai unsur-unsur tambahan yang dapat mengukuh dan memperkasakan

peradaban tersebut.  Dari aspek sosial pula ,setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat 

tanpa mengira tua , muda,keturunan ,bangsa,dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli

masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesame  manusia .Ianya dapat menghapuskan permusuhan

antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Pengaruh-pengaruh luar

yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan

adat resam yang diamalkan sejak turun-temurun.
                                            
                                    imgres.jpg

(c) Gejala sosial
                  Perbuatan ini bererti menentang dan melawan ketetapan  dan kekuasaan Allah

SWT .Sebagai contoh, perbuatan membunuh diri dan membunuh orang lain dianggap 

melakukan jenayah sosial yang besar. Perbuatan tersebut menyebabkan seseorng itu berhak

memperolehi azab yang berat di Akhirat . Al-Quran menyebutkan :siapa yang melakukan

demikian secara ceroboh dan zalim , maka Allah akan membakarnya dengan api . (surah al-Nisa’,

ayat:30) . Contoh pemerintah islam , Rasulullah s.a.w pada zamannya tidak pernah memandang

remaja sebagai seorang ´kanak-kanak´ yang tidak mengerti apa-apa dan tidak berkepentingan di

dalam perkembangan yang berkaitan dengan hal ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat

prihatin akan pembangunan dan pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan

mereka sambil memberikan nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara

pada masa depan.

               .
                  
(d)Memelihara harta  benda
     
      Allah SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap manusia untuk memiliki dan

memelihara harta yang ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta dalam

kehidupannya mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam, harta

dibenarkan untul dimiliki bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT .  Harta yang

dimiliki tidak boleh dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan AllahSWT.manusia yang

merampas dan mengambil serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan kebenaran akan

dikenakan siksaan yang berat dan di akhirat.
                 
         Tetapi, dilandasi juga dari kesedaran manusia untuk melaksanakan kewajiban sebagai

seorang hamba-Nya. Kewajiban mengaplikasikan tanggungjawab seorang hamba untuk

melakukan kejujuran, kebenaran, kebajikan dan kasih sayang terhadap seluruh data kehidupan

aktual. Islam mengajarkan tanggungjawab agar mampu mengendalikan diri dari tindakan

melampaui batas kewajaran dan kemanusiaan. Tanggungjawab  kepada  Allah, kepada sesama

dan lingkungannya.

                         duit_banyak.jpg

(e)Nilai-nilai murni masyarakat melayu
                  
        kehadiran islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat melayu di mana

mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran islam.

Sebagai contohnya, struktur masyarakat menjadi lebih tersusun ,kepatuhan serta ketaatan kepada

ketua lebih diperkukuhkan lagi.Begitu juga dengan adat  dan  pantang larang yang diamalkan

sejak  dahulu.kedatangan islam juga telah berjaya mengatur perjalanan kehidupan masyarakat

melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan sesame manusia. Ajaran islam sangat menitik

beratkan berkaitan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia Antara nilai-nilai

mulia yang diajar adalah seperti  keutamaan kepada yang tua atau berusia. Dalam kehidupan

masyarakat melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat

dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti datuk , nenek , along ,angah, pak cik ,

mak cik , dan sebagainya.

                                     imgres.jpg

(f) Etika social islam

              Tubuh umat adalah adalah laksana satu  makhluk hidup, yang dapat menderita penyakit

dan gangguan, seperti halnya tubuh seorang individu. Dan sebagaimana  pemerintah berusaha

memelihara individu dan masyarakat dari ancaman penyakit yang berbahaya dan gangguan

buruk, begitu juga syari'at dan peradaban-peradaban yang tinggi berusaha menjaga masyarakat

dari penyakit-penyakit sosial dan moral. Sehingga tubuh umat terus terpelihara dari penyakit;

kuat, kokoh, dapat menjalankan kewajibannya dengan penuh vitalitas, mampu menghadapi

kesulitan dengan tegar, dapat hidup dengan mulia, tangguh daya tahannya, mulia tujuannya,

terpuji akhlak dan nama baiknya, menikmati keamanan yang menyeluruh, dan memiliki

kebahagiaan yang dirasakan oleh seluruh manusia.                                     
                               
Pembangunan kemasyarakatan dalam islam 

           Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam

segala aspek akan membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur

masyarakat dalam   sesebuah     negara    juga    harus   dibangunkan   berlandaskan   kepada  

syariat   Islam. Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara   merangkumi dalam   segala   

aspek seperti kerohanian, jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat

yang kuat lagi bersatu, Islam mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun

bentuknya meskipun hal itu menyentuh perkara–perkara yang sangat berat. 

          Islam  sangat memberi perhatian kepada pembentukan keluarga. Islam membuat peraturan

yang teliti  menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan setiap anggotanya serta peraturan dalam

hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan anak–anak dan menanamkan

benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.