Sunday 29 April 2012




 Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Asia Dalam Aspek 

Sosial    

       Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial amat penting dalam mencapai

taraf  kemajuan kehidupan masyarakat . Sistem sosial pada  umumnya ialah pergaulan dan

hubungan sesama manusia dalam suatu kelompok utama .Jika berbanding dengan  zaman

jahiliah ,keadaan masyarakat adalah kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan .Kedatangan

agama islam  telah mengubah corak kehidupan seharian masyarakat melayu .Melalui ajaran

islam yang disebarkan,  nilai-nilai moral masyarakat telah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai

murni yang diajar dalam  agama  islam.

       Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang

kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Mengikut kajian ilmu Islam

sebaiknya mu’amalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia sebagai lanjutan

kepada ibadat khusus yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.


Sistem sosial Islam tersusun sebagaimana di bawah :
  a .  Hubungan dengan diri sendiri
  b .  Hubungan dengan keluarga
  c .  Hubungan dengan jiran
  d .  Hubungan dengan masyarakat Islam
  e .  Hubungan dengan masyarakat bukan Islam














No comments:

Post a Comment