Kesan-kesan Pengaruh Islam Terhadap Aspek
Sosial
a)Taraf dan kedudukan masyarakat.
Islam telah
mengangkat taraf manusia
dan menyamakan kedudukan mereka di sisi
ALLAH s.w.t. Ia membentuk
sistem masyarakat manusia yang saling mengasihi dan
menghormati. Kedatangan islam
ke alam melayu juga menjadikan golongan bawahan mula
mendapat perhatian
dan penghormatan. Komunikasi antara
masyarakat berjalan dengan lancar
menerusi sifat
hormat-menghormati dan bergotong-royong . Kedudukan wanita juga dipelihara
kerana mereka memberi banyak sumbangan terhadap masyarakat.
(b)Amalan tradisional dan
kekeluargaan
Tamadun islam juga bersifat fleksibel. Ia
bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur kebudayaan dari luar
daripada meresapinya.Tamadun islam bersikap positif dan berlapang dada untuk menerima pengaruh luar
sebagai unsur-unsur tambahan yang dapat mengukuh dan memperkasakan peradaban tersebut. Dari aspek sosial pula ,setiap perayaan
disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua ,
muda,keturunan ,bangsa,dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan
perpaduan sesame manusia .Ianya dapat
menghapuskan permusuhan antara individu dengan
individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat
sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan
sejak turun-temurun.
(c) Gejala sosial
(d)Memelihara harta benda
Allah
SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap manusia untuk memiliki dan memelihara harta yang
ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta dalam kehidupannya mengikut
kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam, harta dibenarkan untul dimiliki
bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT . Harta yang dimiliki tidak boleh
dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan AllahSWT.manusia yang merampas dan mengambil
serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan kebenaran akan dikenakan siksaan yang berat
dan di akhirat.
Tetapi, dilandasi juga dari kesedaran
manusia untuk melaksanakan kewajiban sebagai seorang hamba-Nya. Kewajiban
mengaplikasikan tanggungjawab seorang hamba untuk melakukan kejujuran,
kebenaran, kebajikan dan kasih sayang terhadap seluruh data kehidupan aktual. Islam mengajarkan
tanggungjawab agar mampu mengendalikan diri dari tindakan melampaui batas kewajaran
dan kemanusiaan. Tanggungjawab kepada Allah, kepada sesama dan lingkungannya.
(e)Nilai-nilai murni
masyarakat melayu
kehadiran
islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat melayu di mana
mereka lebih banyak
mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran islam.
Sebagai contohnya, struktur
masyarakat menjadi lebih tersusun ,kepatuhan serta ketaatan kepada
ketua lebih diperkukuhkan
lagi.Begitu juga dengan adat dan pantang larang yang diamalkan
sejak dahulu.kedatangan islam juga telah berjaya
mengatur perjalanan kehidupan masyarakat
melayu dari segi
pergaulan dan juga hubungan sesame manusia. Ajaran islam sangat menitik
beratkan berkaitan
hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia Antara nilai-nilai
mulia yang diajar adalah
seperti keutamaan kepada yang tua atau
berusia. Dalam kehidupan
masyarakat melayu juga
sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat
dilihat daripada amalan
gelaran dalam keluarga seperti datuk , nenek , along ,angah, pak cik ,
mak cik , dan sebagainya.
(f) Etika social islam
Pembangunan Kemasyarakatan Dalam Islam
Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur
Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur
masyarakat dalam sesebuah
negara juga harus
dibangunkan berlandaskan
kepada syariat Islam.
Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara merangkumi
dalam segala aspek seperti kerohanian,
jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam
mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun
bentuknya meskipun hal itu
menyentuh perkara–perkara yang sangat berat.
Islam sangat memberi perhatian kepada pembentukan
keluarga. Islam membuat peraturan yang teliti menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan
setiap anggotanya serta peraturan dalam hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan
anak–anak dan menanamkan benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.
Oleh itu, semua ahli masyarakat
perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam
demi meningkat pembangunan umat khususnya.
Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa
terdapat beberapa elemen
penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu :
- Pewujudan keadilan yang mutlak dalam masyarakat
- Pengamalan konsep amal makruf dan nahi mungkar
- Pembentukan keluarga bahagia
- Persamaan taraf antara masyarakat.
kesimpulannya