Pengaruh
tamadun islam terhadap asia dalam aspek sosial
Pengaruh tamadun islam terhadap asia dalam
aspek sosial amat penting dalam mencapai
hubungan sesama manusia
dalam suatu kelompok utama .Jika berbanding dengan zaman
jahiliah ,keadaan
masyarakat adalah kucar-kacir dan banyak berlaku penindasan .Kedatangan
agama islam telah mengubah corak kehidupan seharian
masyarakat melayu .Melalui ajaran
islam yang
disebarkan, nilai-nilai moral masyarakat
telah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai
murni yang
diajar dalam agama islam.
Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang
kekeluargaan,
undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Mengikut kajian ilmu Islam
sebaiknya
mu’amalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia sebagai
lanjutan
kepada ibadat
khusus yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.
Sistem sosial Islam tersusun sebagaimana
di bawah :
a .
Hubungan dengan diri sendiri
b . Hubungan dengan keluarga
c . Hubungan dengan jiran
d . Hubungan dengan masyarakat Islam
e . Hubungan dengan masyarakat bukan Islam
Kesan-kesan pengaruh islam terhadap aspek
sosial
(a)Taraf dan kedudukan masyarakat.
Islam telah
mengangkat taraf manusia
dan menyamakan kedudukan mereka di sisi
ALLAH s.w.t. Ia membentuk sistem masyarakat manusia yang saling mengasihi
dan
menghormati. Kedatangan islam ke alam melayu juga menjadikan golongan
bawahan mula
mendapat perhatian dan penghormatan.
Komunikasi antara masyarakat berjalan dengan lancar
menerusi sifat hormat-menghormati dan bergotong-royong . Kedudukan wanita
juga dipelihara
kerana mereka memberi banyak
sumbangan terhadap masyarakat.
(b)Amalan tradisional dan kekeluargaan
Tamadun islam juga bersifat fleksibel. Ia
bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur
kebudayaan dari luar daripada meresapinya.Tamadun islam
bersikap positif dan berlapang dada
untuk
menerima pengaruh luar sebagai unsur-unsur tambahan yang
dapat mengukuh dan memperkasakan
peradaban tersebut. Dari
aspek sosial pula ,setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat
tanpa mengira tua , muda,keturunan ,bangsa,dan jantina. Ini
dapat mengumpulkan semua ahli
masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesame manusia .Ianya dapat menghapuskan permusuhan
antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan
yang lain.Pengaruh-pengaruh luar
yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis
dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan
adat resam yang diamalkan sejak turun-temurun.
(c) Gejala sosial
Perbuatan ini
bererti menentang dan melawan ketetapan
dan kekuasaan Allah
SWT .Sebagai contoh, perbuatan membunuh diri dan membunuh orang lain
dianggap
melakukan jenayah sosial yang besar. Perbuatan tersebut menyebabkan seseorng
itu berhak
memperolehi azab yang berat di Akhirat . Al-Quran menyebutkan :siapa yang
melakukan
demikian secara ceroboh dan zalim , maka Allah akan membakarnya dengan api .
(surah al-Nisa’,
ayat:30) . Contoh pemerintah islam , Rasulullah
s.a.w pada zamannya tidak pernah memandang
remaja sebagai seorang ´kanak-kanak´ yang tidak
mengerti apa-apa dan tidak berkepentingan di
dalam perkembangan yang berkaitan dengan hal
ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat
prihatin akan pembangunan dan pembinaan sahsiah
remaja. Baginda sering bergaul dengan
mereka sambil memberikan nasihat yang berguna
serta tanggungjawab untuk umat dan negara
pada masa depan.
.
(d)Memelihara harta benda
Allah SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap
manusia untuk memiliki dan
memelihara harta yang ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta
dalam
kehidupannya mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam,
harta
dibenarkan untul dimiliki bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
. Harta yang
dimiliki tidak boleh dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan
AllahSWT.manusia yang
merampas dan mengambil serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan
kebenaran akan
dikenakan siksaan yang berat dan di akhirat.
Tetapi,
dilandasi juga dari kesedaran manusia untuk melaksanakan kewajiban sebagai
seorang hamba-Nya. Kewajiban mengaplikasikan
tanggungjawab seorang hamba untuk
melakukan kejujuran, kebenaran, kebajikan dan
kasih sayang terhadap seluruh data kehidupan
aktual. Islam mengajarkan tanggungjawab agar
mampu mengendalikan diri dari tindakan
melampaui batas kewajaran dan kemanusiaan.
Tanggungjawab kepada Allah, kepada sesama
dan lingkungannya.
(e)Nilai-nilai murni masyarakat melayu
kehadiran islam telah mengubah corak kehidupan
masyarakat melayu di mana
mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan
dalam ajaran islam.
Sebagai contohnya, struktur masyarakat menjadi lebih tersusun ,kepatuhan
serta ketaatan kepada
ketua lebih diperkukuhkan lagi.Begitu juga dengan adat dan
pantang larang yang diamalkan
sejak dahulu.kedatangan islam juga
telah berjaya mengatur perjalanan kehidupan masyarakat
melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan sesame manusia. Ajaran islam
sangat menitik
beratkan berkaitan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia Antara
nilai-nilai
mulia yang diajar adalah seperti keutamaan kepada yang tua atau berusia. Dalam
kehidupan
masyarakat melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan
silaturrahim. Ini dapat
dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti datuk , nenek , along
,angah, pak cik ,
mak cik , dan sebagainya.
(f) Etika social islam
Tubuh umat adalah
adalah laksana satu makhluk hidup, yang
dapat menderita penyakit
dan gangguan, seperti halnya tubuh seorang individu. Dan sebagaimana pemerintah berusaha
memelihara individu dan masyarakat dari ancaman penyakit yang berbahaya dan
gangguan
buruk, begitu juga syari'at dan peradaban-peradaban yang tinggi berusaha
menjaga masyarakat
dari penyakit-penyakit sosial dan moral. Sehingga tubuh umat terus
terpelihara dari penyakit;
kuat, kokoh, dapat menjalankan kewajibannya dengan penuh vitalitas, mampu
menghadapi
kesulitan dengan tegar, dapat hidup dengan mulia, tangguh daya tahannya,
mulia tujuannya,
terpuji akhlak dan nama baiknya, menikmati keamanan yang menyeluruh, dan
memiliki
kebahagiaan yang dirasakan oleh seluruh manusia.
Pembangunan kemasyarakatan dalam islam
Pembangunan adalah penting dalam
sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam
segala aspek akan
membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur
masyarakat dalam sesebuah
negara juga harus
dibangunkan berlandaskan
kepada
syariat Islam.
Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara merangkumi dalam segala
aspek seperti
kerohanian, jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat
yang kuat lagi
bersatu, Islam mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun
bentuknya meskipun
hal itu menyentuh perkara–perkara yang sangat berat.
Islam
sangat memberi perhatian kepada pembentukan
keluarga. Islam membuat peraturan
yang teliti menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan
setiap anggotanya serta peraturan dalam
hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan,
pendidikan anak–anak dan menanamkan
benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara
mereka.
Oleh itu, semua ahli masyarakat
perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam
demi meningkat
pembangunan umat khususnya. Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa
terdapat beberapa elemen
penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu :
- Pewujudan keadilan yang mutlak dalam masyarakat
- Pengamalan konsep amal makruf dan nahi mungkar
- Pembentukan keluarga bahagia
- Persamaan taraf antara masyarakat.
kesimpulannya
Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan. Wertheim berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal. Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme.Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah. Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.
Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan. Wertheim berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal. Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme.Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah. Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.
No comments:
Post a Comment