Kesan-kesan Pengaruh Islam Terhadap Aspek
Sosial
a)Taraf dan kedudukan masyarakat.
Islam telah
mengangkat taraf manusia
dan menyamakan kedudukan mereka di sisi
ALLAH s.w.t. Ia membentuk
sistem masyarakat manusia yang saling mengasihi dan
menghormati. Kedatangan islam
ke alam melayu juga menjadikan golongan bawahan mula
mendapat perhatian
dan penghormatan. Komunikasi antara
masyarakat berjalan dengan lancar
menerusi sifat
hormat-menghormati dan bergotong-royong . Kedudukan wanita juga dipelihara
kerana mereka memberi banyak sumbangan terhadap masyarakat.
(b)Amalan tradisional dan
kekeluargaan
Tamadun islam juga bersifat fleksibel. Ia
bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur kebudayaan dari luar
daripada meresapinya.Tamadun islam bersikap positif dan berlapang dada untuk menerima pengaruh luar
sebagai unsur-unsur tambahan yang dapat mengukuh dan memperkasakan peradaban tersebut. Dari aspek sosial pula ,setiap perayaan
disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua ,
muda,keturunan ,bangsa,dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan
perpaduan sesame manusia .Ianya dapat
menghapuskan permusuhan antara individu dengan
individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat
sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan
sejak turun-temurun.
(c) Gejala sosial
Perbuatan ini bererti
menentang dan melawan ketetapan dan
kekuasaan Allah SWT .Sebagai contoh,
perbuatan membunuh diri dan membunuh orang lain dianggap melakukan jenayah sosial
yang besar. Perbuatan tersebut menyebabkan seseorng itu berhak memperolehi azab yang
berat di Akhirat . Al-Quran menyebutkan :siapa yang melakukan demikian secara ceroboh
dan zalim , maka Allah akan membakarnya dengan api . (surah al-Nisa’, ayat:30) . Contoh
pemerintah islam , Rasulullah s.a.w pada zamannya tidak pernah memandang remaja sebagai seorang
´kanak-kanak´ yang tidak mengerti apa-apa dan tidak berkepentingan di dalam perkembangan yang
berkaitan dengan hal ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat prihatin akan pembangunan
dan pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan mereka sambil memberikan
nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara pada masa depan.
(d)Memelihara harta benda
Allah
SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap manusia untuk memiliki dan memelihara harta yang
ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta dalam kehidupannya mengikut
kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam, harta dibenarkan untul dimiliki
bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT . Harta yang dimiliki tidak boleh
dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan AllahSWT.manusia yang merampas dan mengambil
serta mencuri harta manusia lain tanpa hak dan kebenaran akan dikenakan siksaan yang berat
dan di akhirat.
Tetapi, dilandasi juga dari kesedaran
manusia untuk melaksanakan kewajiban sebagai seorang hamba-Nya. Kewajiban
mengaplikasikan tanggungjawab seorang hamba untuk melakukan kejujuran,
kebenaran, kebajikan dan kasih sayang terhadap seluruh data kehidupan aktual. Islam mengajarkan
tanggungjawab agar mampu mengendalikan diri dari tindakan melampaui batas kewajaran
dan kemanusiaan. Tanggungjawab kepada Allah, kepada sesama dan lingkungannya.
(e)Nilai-nilai murni
masyarakat melayu
kehadiran
islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat melayu di mana
mereka lebih banyak
mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran islam.
Sebagai contohnya, struktur
masyarakat menjadi lebih tersusun ,kepatuhan serta ketaatan kepada
ketua lebih diperkukuhkan
lagi.Begitu juga dengan adat dan pantang larang yang diamalkan
sejak dahulu.kedatangan islam juga telah berjaya
mengatur perjalanan kehidupan masyarakat
melayu dari segi
pergaulan dan juga hubungan sesame manusia. Ajaran islam sangat menitik
beratkan berkaitan
hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia Antara nilai-nilai
mulia yang diajar adalah
seperti keutamaan kepada yang tua atau
berusia. Dalam kehidupan
masyarakat melayu juga
sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat
dilihat daripada amalan
gelaran dalam keluarga seperti datuk , nenek , along ,angah, pak cik ,
mak cik , dan sebagainya.
(f) Etika social islam
Tubuh umat adalah adalah
laksana satu makhluk hidup, yang dapat
menderita penyakit dan gangguan, seperti
halnya tubuh seorang individu. Dan sebagaimana pemerintah berusaha memelihara individu dan
masyarakat dari ancaman penyakit yang berbahaya dan gangguan buruk, begitu juga syari'at dan peradaban-peradaban yang tinggi berusaha menjaga masyarakat dari penyakit-penyakit
sosial dan moral. Sehingga tubuh umat terus terpelihara dari penyakit; kuat, kokoh, dapat
menjalankan kewajibannya dengan penuh vitalitas, mampu menghadapi kesulitan dengan tegar,
dapat hidup dengan mulia, tangguh daya tahannya, mulia tujuannya, terpuji akhlak dan nama
baiknya, menikmati keamanan yang menyeluruh, dan memiliki kebahagiaan yang
dirasakan oleh seluruh manusia.
Pembangunan Kemasyarakatan Dalam Islam
Pembangunan adalah penting dalam
sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa
kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur
masyarakat dalam sesebuah
negara juga harus
dibangunkan berlandaskan
kepada syariat Islam.
Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara merangkumi
dalam segala aspek seperti kerohanian,
jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam
mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun
bentuknya meskipun hal itu
menyentuh perkara–perkara yang sangat berat.
Islam sangat memberi perhatian kepada pembentukan
keluarga. Islam membuat peraturan yang teliti menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan
setiap anggotanya serta peraturan dalam hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan
anak–anak dan menanamkan benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.
Oleh itu, semua ahli masyarakat
perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam
demi meningkat pembangunan umat khususnya.
Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa
terdapat beberapa elemen
penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu :
- Pewujudan keadilan yang mutlak dalam masyarakat
- Pengamalan konsep amal makruf dan nahi mungkar
- Pembentukan keluarga bahagia
- Persamaan taraf antara masyarakat.
kesimpulannya
Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara
total, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan. Wertheim
berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa
diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak
sama dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan
kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima
perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan
secara feudal masih kekal. Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi
mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di
Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur
rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi
Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat
Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman
animisme.Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan
rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping
hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran
mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi
untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah. Justeru,
segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan politik adalah
berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.

No comments:
Post a Comment