Pengaruh tamadun islam
terhadap asia dalam aspek sosial
Pengaruh tamadun islam terhadap asia
dalam aspek sosial amat penting dalam mencapai taraf kemajuan kehidupan
masyarakat . Sistem sosial pada umumnya ialah pergaulan dan hubungan sesame
manusia dalam suatu kelompok utama .Jika berbanding dengan zaman
jahiliah,keadan masyarakat adalah kucar-kacir dan banyak berlaku
penindasan.kedatangan agama islam telah mengubah corak kehidupan seharian
masyarakat melayu.Melalui ajaran islam yang disebarkan, nilai-nilai moral
masyarakat telahbanyak dipengaruhi oleh nilai-nilai murni yang diajar
dalam agama islam . Sosial bermaksud pergaulan serta hubungan
manusia dan kehidupan kelompok manusia terutama dalam masyarakat yang teratur.
Manusia merupakan makhluk sosial di mana mereka membentuk kesatuan sosial dan
kesatuan sosial yang terbesar dipanggil masyarakat. Manusia akan hilang sifat
kemanusiaannya jika tiada perhubungan dan pergaulan sesama mereka dalam
kehidupan mereka di mana kedudukan mereka akan jatuh setaraf dengan haiwan jika
hanya hidup bersendirian .
Hubungan manusia dengan manusia merupakan tata kedua dalam pola hubungan yang
diprinsipkan oleh Islam. Al-Quran menekankan hubungan manusia dengan Allah yang
disebut ibadat dan juga hubungan manusia sesama manusia yang dikenali sebagai
mua’malat atau sosial. Pengertian mu’amalat yang digunakan sebagai istilah
dalam ilmu Islam adalah lebih luas daripada pengertian yang biasanya
diguna pakai orang. Ada yang menggunakan istilah mu’amalat dengan ”
perbuatan manusia dalam kehidupan seharian sesama mereka mengenai harta seperti
hukum jual beli, sewa menyewa, upah mengupah, pinjam meminjam, perkongsian dan
sebagainya”. Ada pula yang memberi maksud sebagai ” urusan keduniaan seperti
jual beli, upah mengupah, pinjam meminjam dan sebagainya “.
Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang
kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Apabila mu’amalat
membawa erti sebagai tata pergaulan hidup atau sosial maka dengan sendirinya
kekeluargaan dan jenayah termasuk di dalamnya. Mengikut kajian ilmu Islam
sebaiknya mu’amalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia
sebagai lanjutan kepada ibadat khusus yang merupakan hubungan manusia dengan
Allah.
Kelompok sosial membentuk masyarakat di mana warga masyarakat memerlukan masa
yang lama untuk hidup dan bekerjasama dalam membentu cara hidup. Cara hidup
itulah yang dipanggil kebudayaan. Oleh itu yang membentuk kebudayaan
ialah sosial. Hubungan antara sosial dengan kebudayaan adalah berkait rapat di
mana sosial membentuk kebudayaan dan kebudayaan mengatur sosial. Hubungan yang
rapat ini dinyatakan dalam istilah sosiobudaya. Kebudayaan adalah pola cita
manakala sosial pula merupakan pola laku. Sosial membentuk masyarakat dan
masyarakat pula melahirkan kebudayaan.
Sosial
bukan Islam didasarkan kepada pengalaman, tradisi, pemikiran dan cita-cita
manusia manakala sosial Islam berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
digariskan oleh Allah dan rasulNya. Islam tidak pula menyisihkan pengalaman,
tradisi dan pemikiran manusia tetapi perkara tersebut hanya bertindak sebagai
cara pelaksanaan bukannya menyusun prinsip.
Sistem sosial Islam tersusun sebagaimana di bawah :
a . Hubungan dengan
diri sendiri
b . Hubungan dengan
keluarga
c . Hubungan dengan
jiran
d . Hubungan dengan
masyarakat Islam
e . Hubungan dengan
masyarakat bukan Islam
Kesan-kesan pengaruh islam terhadap aspek sosial
(a)Taraf dan kedudukan masyarakat.
Islam telah
mengangkat taraf manusia dan meyamakan kedudukan mereka
di sisi ALLAH s.w.t. Ia membentuk system masyarakat manusia yang saling
mengasihi dan menghormati. Kedatangan islam ke alam melayu juga menjadikan golongan
bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Komunikasi antara
masyarakat berjalan dengan lancer menerusi sifat hormat-menghormati dan
bergotong-royong .Persefahaman antara bangsa ,kemajuan dan
kemakmuran manusia banyak bergantung kepada sikap saling menghormati , akhlak
yang berasaskan kepada keimanan ,keadilan , dan kuasa institusi bangsa-bangsa .
(b)Amalan tradisional dan kekeluargaan
Tamadun islam juga bersifat
fleksibel. Ia bukanlah bersifat rigid sehingga menafikan unsur-unsur kebudayaan
dari luar daripada meresapinya.Tamadun islam bersikap positif dan
berlapang dada untuk menerima pengaruh luar sebagai unsur-unsur tambahan yang
dapat mengukuh dan memperkasakan peradaban tersebut. Dari aspek sosial pula
,setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua
, muda,keturunan ,bangsa,dan jantina.Ini dapat mengumpulkan semua ahli
masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesame manusia.Ianya dapat menghapuskan
permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang
lain.Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat
ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang
diamalkan sejak turun-temurun.
(c) Gejala social
Perbuatan ini bererti menentang dan
melawan ketetapan dan kekuasaan Allah SWT .Sebagai contoh, perbuatan
membunuh diri dan membunuh orang lain dianggap melakukan jenayah sosial
yang besar.Perbuatan tersebut menyebabkan seseorng itu berhak memperolehi azab
yang berat di Akhirat .Al-Quran menyebutkan :siapa yang melakukan demikian
secara ceroboh dan zalim , maka Allah akan membakarnya dengan api . (surah
al-Nisa’, ayat:30) .Perkara yang berhubung dengan kehidupan dan
kawalannya adalah diwajibkan Allah kepada manusia. Contoh: menjaga kesihatan ,
melawan dan mengubati penyakit dan wabak. Rasulullah s.a.w pada zamannya tidak
pernah memandang remaja sebagai seorang ´kanak-kanak´ yang tidak mengerti
apa-apa dan tidak berkepentingan di dalam perkembangan yang berkaitan dengan
hal ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat prihatin akan pembangunan dan
pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan mereka sambil
memberikan nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara pada
masa depan.
Namun, zaman yang bertukar ganti
memperlihatkan kehidupan dan kepentingan seorang remaja dilihat tidak lebih
daripada seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan masih lagi ´kecil´ untuk
mengerti apa-apa hal pun yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah negara.
Remaja kini sering sahaja
digambarkan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan senantiasa inginkan
kebebasan mengikut perasaan mereka sendiri. Mereka berasakan bahawa mereka
sudah bijak untuk menilai baik buruk sesuatu perkara itu tanpa sebarang campur
tangan daripada pihak ibu bapa waima sesiapa pun.
Meneliti keadaan sosial golongan
remaja kini, pelbagai aspek perlu diteliti mengenai punca sebenar mengapa dan
bagaimana terjadinya kebejatan yang semakin menggugat imej remaja itu sendiri.
Antara faktor yang mendorong ke arah kerosakan ini adalah persekitaran.
Persekitaran mempengaruhi akhlak
individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek
tertentu namun pada masa yang sama menghindarkan perkembangan aspek lain.
Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan
keduniaan dan persekitaran sosial budaya yang bersifat sekular liberal dan
materialistik.
Kewujudan pusat-pusat peranginan
yang tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya Melayu dan agama Islam secara
tidak langsung memudaratkan lagi kebejatan sosial di kalangan remaja ini.
Percampuran bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan oleh
pelancong-pelancong asing tadi pastinya merupakan suatu perlakuan yang sangat
mudah menjadi ikutan para remaja ini.
Budaya hiburan dan ungkapan ´born to
be free´ dan ´muda hanya sekali´, sudah sinonim dengan kehidupan remaja kini.
Kehidupan hingar-bingar di kota-kota besar kini seakan keperluan asas bagi
remaja ini. ´keperluan´ ini pula secara langsungnya, menghidupkan dan
menyuburkan lagi kewujudan pusat-pusat hiburan. Malah, akibat daripada
´sokongan padu´ yang ditunjukkan oleh remaja ini merancakkan lagi pusat-pusat
hiburan yang berlesen mahupun tanpa lesen ini memanjangkan lagi waktu
operasinya sehinggakan ke dinihari.
Selain daripada itu, pemujaan kepada
golongan artis oleh golongan remaja kini telah sampai ke tahap yang
membimbangkan. Masakan tidak, konsert-konsert bergerak yang dianjurkan
seolah-olah telah menjadi satu ´trend´ oleh pelbagai pihak tertentu kini.
Malahan ada dikalangkan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung
di sebalik konsert amal seperti konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung
bantuan Tsunami, gempa bumi, malam anak-anak yatim, malam bersama-sama anak-anak
cacat dan seumpamanya. Semua ini dengan alasan kononnya di samping meraih
keuntungan besar, mereka dapat beramal dengan mendermakan sebahagian hasil
kepada tabung amal tadi.
Masyarakat umumnya dan remaja
khasnya boleh dikatakan ketandusan role model yang boleh dijadikan contoh
ikutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada di peringkat individu mahupun di
peringkat pucuk kepimpinan. Kita tidak dapat nafikan banyak yang pandai
bercakap mengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam sebagai suatu cara
hidup yang lengkap tetapi berapa ramai yang benar-benar beramal dengannya?
Anak-anak muda ini mudah terkeliru dan sering tercari-cari di manakah ´role
model´ yang perlu mereka ikuti.
Malangnya, dengan mengambil jalan
pintas, remaja ini sering mengambil role model yang sering mereka tatap dan
ikuti perkembangan hidupnya. Contoh yang mudah ialah kehidupan para artis tidak
kira dalam atau luar negara. Ini kerana mereka sering mendapat liputan meluas
dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah apabila artis-artis ini
mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan golongan yang sepatutnya
menjadi role model yang terbaik seperti golongan para ulama dan ilmuwan sering
dipinggirkan.
Memang tidak dinafikan bahawa
peranan media massa banyak memberikan perkembangan dan maklumat kepada
masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri
hinggalah kepada berita-berita luar negara. Namun, media massa pada hari ini
telah disalahgunakan hingga menyebabkan peranan utamanya sebagai agen pengubah
tidak berlaku dengan berkesan sehingga banyak perkara-perkara kebejatan
berlaku.
Internet sememangnya telah mengubah
pemikiran manusia di seluruh dunia. Termasuk yang sedang diubah adalah
pemikiran umat Islam. Mungkin berbanding dengan umat lain, penggunaan internet
di kalangan umat Islam masih rendah. Akan tetapi golongan kecil orang Islam
yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruhnya. Apa
yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain
adalah sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis
dan dihalang tidak seperti media massa lain.
Maka dengan itu, bahan-bahan lucah
dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannya.
Begitu juga dengan bahan-bahan subversif termasuklah tulisan yang bersifat
menentang agama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat terutamanya umat Islam.
Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini.
Begitu juga Malaysia Selama ini kerajaan dapat membendung kemasukan bahan-bahan
yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir
mencapai tahap mutlak.
Selain internet pengaruh media massa
seperti televisyen juga merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala
sosial. Banyak rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen yang memaparkan
adegan-adegan ganas, tahayul dan seks.Ini boleh mendorong masyarakat ke arah
berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan kelakuan yang tidak baik.
Tidak dapat disangkal bahawa media
massa dan keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara
faktor-faktor penting berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas.
Selain daripada media cetak , media elektronik memainkan peranan yang tidak
kuran hebatnya dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak
remaja.
Melalui siaran-siaran radio TV dan
tayangan video, para pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti
unsur-unsur ganas dan luar, budaya barat, budaya dadah, tahayul dan seks bebas.
Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para
remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang
berahi yang telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa di pasaran.
Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas, pelacur murahan,
homoseksual, lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram.
Selain itu majalah-majalah berbentuk
hiburan juga banyak memberi kesan negatif ke atas kelakuan masyarakat pada hari
ini. Banyak majalah yang berada di pasaran hari ini yang memaparkan gambar
artis-artis Barat dan memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya hidup mereka yang
tidak berpaksikan kepada ajaran agama. Pengaruh budaya Barat ini begitu mudah
menyelinap masuk ke dalam kehidupan golongan remaja kita. Kebanyakan golongan
remaja, terutamanya orang Melayu sangat mudah terpengaruh dengan budaya ini.
(d)Memelihara harta benda .
Allah SWT membuka ruang
seluas-luasnya kepada setiap manusia untuk memiliki dan memelihara harta yang
ada. Setiap manusia dikehendaki berusaha mencari harta dalam kehidupannya
mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dalam Islam, harta dibenarkan
untul dimiliki bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT . harta yang
dimiliki tidak boleh dilucutkan atau dirampas tanpa hak dan keizinan
AllahSWT.manusia yang merampas dan mengambil serta mencuri harta manusia lain
tanpa hak dan kebenaran akan dikenakan siksaan yang berat dan di akhirat. Dalam pemeliharaan harta, transaksi jual beli harus
dilakukan secara halal. Jika tidak, maka eksistensi harta akan terancam, baik
pengelolaan atau pemanfaatannya. Kerana itu, pihak perusahaan dilarang
melakukan kegiatan yang secara jelas melangar aturan syara’. Dalam konteks
tanggung jawab sosial perusahaan (corporate social responsibility/CSR),
maqashid as-yari’ah ditujukan agar pelaku usaha atau pihak perusahaan mampu
menentukan skala prioritas kebutuhannya yang terpenting. Kebutuhan-kebutuhan
itu tidak hanya diorientasikan untuk jangka pendek, tetapi juga jangka panjang
dalam mencapai ridha Allah. Kegiatan ekonomi tidak saja melibatkan aspek
materi, tapi juga kualitas keimanan seorang hamba kepada Allah Swt.
Oleh kerana itu, konsep pembanguan yang melibatkan maqashid as-yari’ah
dimaksudkan agar terbentuk pribadi-pribadi muslim yang memiliki keimanan dan
ketakwaan. Tentu saja sikap ini tidak saja didapatkan dari lubuk hati yang
dalam. Tetapi, dilandasi juga dari kesadaran manusia untuk melaksanakan
kewajiban sebagai seorang hamba-Nya. Kewajiban mengaplikasikan tanggung jawab
seorang hamba untuk melakukan kejujuran, kebenaran, kebajikan dan kasih sayang
terhadap seluruh data kehidupan aktual. Islam mengajarkan tanggung jawab agar
mampu mengendalikan diri dari tindakan melampaui batas kewajaran dan kemanusiaan.
Tanggungjawab kepada Allah, kepada sesama dan lingkungannya.
(e)Nilai-nilai murni masyarakat melayu
kehadiran islam telah mengubah corak
kehidupan masyarakat melayu di mana mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai
murni yang telah diterapkan dalam ajaran islam.sebagai contohnya,struktur
masyarakat menjadi lebih tersusun,kepatuhan serta ketaatan kepada ketua lebih
diperkukuhkan lagi.Begitu juga dengan adat dan pantang larang yang
diamalkan sejak dahulu.kedatangan islam juga telah Berjaya mengatur
perjalanan kehidupan masyarakat melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan
sesame manusia. Ajaran islam sangat menitik beratkan berkaitan hal-hal
kekeluargaan dan juga hubungan sesame manusia Antara nilai-nilai mulia yang
diajar adalah seperti member keutamaan kepada yang tua atau berusia.Dalam
kehidupan masyarakat melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan
silaturrahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti
datuk , nenek , along ,angah, pak cik , mak cik , dan sebagainya.
(f) Etika sosial islam
Tubuh umat adalah adalah laksana
satu makhluk hidup, yang dapat menderita penyakit dan gangguan, seperti
halnya tubuh seorang individu. Dan sebagaimana halnya pemerintah berusaha
memelihara individu dan masyarakat dari ancaman penyakit yang berbahaya dan
gangguan buruk, begitu juga syari'at dan peradaban-peradaban yang tinggi
berusaha menjaga masyarakat dari penyakit-penyakit sosial dan moral. Sehingga
tubuh umat terus terpelihara dari penyakit; kuat, kokoh, dapat menjalankan
kewajibannya dengan penuh vitalitas, mampu menghadapi kesulitan dengan tegar,
dapat hidup dengan mulia, tangguh daya tahannya, mulia tujuannya, terpuji
akhlak dan nama baiknya, menikmati keamanan yang menyeluruh, dan memiliki kebahagiaan
yang dirasakan oleh seluruh manusia. Sehingga dalam ketenteraman dan ketinggian
ruhani mereka, mereka laksana malaikat langit yang tidak merasakan takut dan
kesedihan.
Barangkali, yang menyebabkan kita
ketinggalan dari gerbong kehidupan yang mulia dan terhormat adalah, perhatian
kita terhadap penyakit sosial masyarakat kita amat rendah dibandingkan
perhatian kita terhadap upaya mengejar pertumbuhan pendapatan, kekayaan dan
berbagai bidang kehidupan masyarakat. Masih banyak dari kita yang berkeyakinan
bahwa aspirasi dan kedudukan kita tidak akan dihormati serta tidak akan
mendapakan tempat yang layak, kecuali jika kita telah memiliki semua bentuk
kemewahan dan kemegahan dalam kehidupan bangsa-bangsa yang terhormat pada masa
kini. Mereka lupa, bahwa kemewahan kebendaan adalah buah dari kemajuan
peradaban, bukan fondasi kebangkitan peradaban itu. Dan bangsa-bangsa yang saat
ini dikagumi dengan kemajuan ilmu pengetahuannya, tekhnologinya, seninya dan
kekuatan militernya, mereka itu tidak melupakan penyakit-penyakit sosial
masyarakat mereka pada awal kebangkitan mereka; tidak seperti sikap kita yang
melalaikan hal itu saat kita ingin mewujudkan kebangkitan peradaban kita; dan
mereka pun tidak terjerumus dalam kelalaian seperti yang terjadi dengan kita.
Umat adalah kumpulan dari individu-individu yang bersatu dengan teguh, maka
setiap kali individu itu baik, maka baik pulalah umat itu, dan saat akhlak umat
terpelihara dengan kuat dan bersih, maka arah kemajuannya menjadi baik, dan
tujuannya menjadi lurus.
Dapat dikatakan, Islam adalah agama
yang paling banyak memberikan perhatian terhadap keseimbangan antara pelbagai
kekuatan dalam masyarakat, dan terhadap upaya membangun umat yang
kuat, yang tidak memiliki celah-celah kelemahan. Anda akan dapati bahwa Islam amat
memberikan perhatian dalam masalah pengaturan kehidupan material manusia, lebih
dari yang diberikan oleh aliran-aliran ekonomi; ia juga memberikan perhatian
dalam masalah meluruskan moral masyarakat, lebih dari perhatian yang diberikan
oleh aliran-aliran moral yang ada di dunia ini; demikian juga Islam amat
memperhatikan masalah penyucian ruhani dan pembersihan jiwa, lebih dari
perhatian yang diberikan oleh agama-agama ruhani (gnostis). Islam menyeleraskan
semua dimensi tadi dengan baik, sehingga Anda akan mendapati Muslim yang sejati
tampil kuat dalam seluruh dimensi kehidupannya : kuat ruhaninya, kuat
akhlaknya, kuat pisiknya, dan kuat dalam seluruh bidang kehidupan. Alangkah
agungnya sabda Rasulullah Saw berikut ini: "Mukmin yang kuat lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah SWt daripada Mukmin yang lemah." (HR.
Muslim)
Tidak dipungkiri lagi, saat ini kita
mengalami banyak penyakit sosial yang akut. Yang keberadaannya menyebabkan umat
ini tidak mungkin dapat meraih kebangkitannya, dan tidak dapat berjalan dengan
baik. Penyakit sosial kita itu berbeda-beda bentuknya, baik dalam lingkup
individu, keluarga maupun masyarakat. Penyakit itu melanda semua lapisan
masyarakat, baik yang terpelajar maupun kalangan awam, yang tua maupun yang
muda, orang kota maupun penduduk pedesaan.
Oleh itu, pembicaraan kami
akan difokuskan pada upaya mengenali penyakit-penyakit itu dan upaya
penanggulangannya. Metofera yang kami gunakan adalah berbicara dari ruh ke ruh,
dan dari hati ke hati. Sehingga diharapkan lapiran masyarakat tertarik
untuk memperhatikan dan mendengarkannya, meskipun mereka berkeyakinan,
aliran politiknya dan kedudukan sosialnya. Semoga, dengan begitu, kebangkitan
masyarakat kita di era modern ini dapat berjalan di jalan yang lurus dan tidak
menyimpang.
Barangkali, titik berangkat untuk
mengobati penyakit akhlak sosial kita dimulai dari lingkup individu; karena
individu adalah sel pertama dalam bangunan masyarakat. Gerakan-gerakan
reformasi masyarakat selalui memulai usahanya dari lingkup individu, bukan dari
lingkup masyarakat. Memperbaiki dan mengkader sepuluh orang dari setiap daerah
dengan sebaik-baiknya, sehingga membuat mereka dapat menjadi pelopor masyarakat
dalam mengikuti petunjuk, kebaikan dan istiqamah, inilah yang nanti akan
mengantarkan masyarakat mereka kepada kebaikan dan kepada kehidupan social yang
bersih. Rasulullah Saw sendiri tinggal di Makkah (setelah pengutusan
beliau)selama tiga belas tahun memfokuskan diri untuk mendidik dan mengkader
individu-individu umat beliau, sehingga saat binaan beliau telah mencapai
puluhan orang, mulailah beliau bergerak untuk membangun negara yang baik, dan
peradaban yang baik pula. Abu Bakar, Umar, Ali, Utsman, ibnu Mas'ud dan para
sahabat semacam mereka-lah yang berperan dalam mendirikan bangunan negara dan
peradaban Islam yang cemerlang. Mereka itulah yang diajarkan dan dididik oleh
Rasulullah Saw di pelosok-pelosok kota Mekkah, di Darul Arqam, dan di halaman
Ka'bah, untuk memperkuat ruhani mereka, menggembleng jiwa mereka, dan
meluruskan akhlak mereka. Sehingga saat mereka yang dididik itu mulai berperan
dalam membela agama Islam, mereka segera menunjukkan hasil yang demikian besar,
dan peran mereka tak tertandingi dalam membawa manusia menuju hidayah Islam.
Individu-individu yang telah
menciptakan negara-negara dan mendirikan peradaban-peradaban, yang meruntuhkan
tirai kebodohan, yang menjelajahi segenap cabang ilmu pengetahuan, yang merubah
perjalanan sejarah, dan yang telah menciptakan pengaruh yang besar dsalam
kehidupan bangsa mereka atau kehidupan manusia, mereka itu adalah
individu-individu yang memiliki kemaun yang keras, akhlak yang lurus, dan
kehidupan mereka terbebaskan dari penyakit kejiwaan maupun pisik yang
berbahaya. Saat mengatakan begitu, aku tidak bermaksud meremehkan masyarakat,
dan menafikan peran dan sumbangsih mereka dalam gerakan reformasi; karena pada
dasarnya pada masyarakat adalah tonggak semua gerakan reformasi dan revolusi
social yang besar, namun kekuatan masyarakat itu selalu bersipat seperti tubuh
yang membutuhkan akal yang menyusun strategi dan berpikir. Ia adalah seperti
mobil yang keberadaannya membutuhkan semua elemen mobil itu, namun ia tidak
dapat berjalan tanpa keberadaan sang sopir. Jika suatu gerakan reformasi
ditakdirkan memiliki pemimpin yang mengusung misinya, menyebarkan
prinsip-prinsipnya, dan membuka mata masyarakat akan cahaya yang terang
benderang, niscaya masyarakat akan mampu meniti jalannya menuju kebaikan, dan
menunaikan misinya yang besar dalam sejarah.
Untuk mewujudkan individu yang baik,
didirikanlah sekolah dan universitas, masjid dan tempat ibadah, organisasi masa
dan klub. Dari sini, maka misi sekolah, masjid dan ormas saling melengkapi satu
sama lain. Di masjid, ruh individu itu dibangun, kemudian di sekolah akalnya
dikembangkan, sementara di ormas akhlaknya-lah yang dibina. Oleh karena itu,
keberadaan semua institusi tadi secara bersamaan adalah bagian dari kebutuhan
primer masyarakat Islam yang sehat, sementara ketiadaan salah satu institusi
tadi adalah petunjuk adanya ketidak lengkapan dan kekacauan dalam masyarakat
itu. Sekolah tidak lengkap tanpa keberadaan masjid, dan ormas juga tidak dapat
sempurna tanpa adanya sekolah. Orang-orang yang berpendapat bahwa masjid
bukanlah bagian pokok dari bangunan masyarakat, mereka mengatakan demikian
karena mereka hanya ingin membangun generasi yang berakal namun tidak memiliki
ruhani. Sikap mereka itu salah, begitu pula halnya orang yang mengatakan bahwa
sekolah bukanlah sesuatu yang penting dalam bangunan masyarakat modern, dan
mengatakan bahwa masjid atau ormas tidak membutuhkannya. Karena ruhani tidak
dapat hidup tanpa adanya akal, dan akal serta ruhani tidak dapat menjalankan
fungsinya jika tidak disertai akhlak yang membimbingnya untuk menjalankan
pekerjaan sosial yang menghasilkan dan bermanfaat.
Pembangunan kemasyarakatan dalam islam
Pembangunan adalah
penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan
membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur masyarakat
dalam sesebuah negara
juga harus dibangunkan
berlandaskan kepada syariat Islam.
Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara merangkumi dalam
segala aspek seperti kerohanian, jasmani dan akal fikiran.
Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam mengajak
untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun bentuknya meskipun hal itu
menyentuh perkara–perkara yang sangat berat.
Islam juga sangat memberi perhatian kepada tentang pembentukan keluarga. Islam
membuat peraturan yang teliti yang menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan
setiap anggotanya serta peraturan muamalat dalam hal nafkah, perkahwinan, harta
benda warisan, pendidikan anak–anak dan menanamkan benih–benih cinta, dan kasih
sayang di antara mereka.
Ia adalah kerana, di
dalam mengukuhkan institusi keluarga, penetapan tingkah laku para anggotanya
merupakan pengukuhan masyarakat dan penetapan tingkahlakunya serta penyebaran
nilai–nilai kemanusiaan dan sosial yang tinggi di antara para anggota masyarakat
itu, sehinggalah jauh dari kekaburan, kesesatan dan keruntuhan moral. Kajian
yang teliti bagi sistem sosial dan masyarakat Islam menempatkan kita di hadapan
hakikat yang cemerlang iaitu masyarakat Islam bukanlah masyarakat yang kolot
tetapi masyarakat yang terbuka. Islam tidak menegakkan hubungan sosial yang
umum di atas dasar fanatik keturunan, golongan atau agama yang kolot.
Islam menyatakan bahawa
semua ahli masyarakat adalah hamba Allah dan tugas untuk membangunkan
masyarakat mestilah mengikut landas keislaman yang utuh tanpa terikat kepada
hawa nafsu. Tiada perbezaan antara mereka dan semuanya bertanggungjawab untuk
membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Islam juga turut
memberikan keutamaan terhadap kaum wanita kerana mereka juga adalah sebahagian
dari masyarakat. Wanita dalam Islam tidak boleh disalahtafsirkan kerana mereka
juga mempunyai keupayaan dalam membangunkan sesebuah organisasi namun mereka
perlu jelas mengenai tanggungjawab khusus mereka terutamanya dalam keluarga.
Oleh itu, semua ahli
masyarakat perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam demi
meningkat pembangunan umat khususnya. Kesimpulannya, dapat kita simpulkan
bahawa terdapat beberapa elemen penting dalam pembangunan struktur sosial
masyarakat iaitu :
1.
Pewujudan keadilan yang
mutlak dalam masyarakat
2.
Pengamalan konsep amal
makruf dan nahi mungkar
3.
Pembentukan keluarga
bahagia
4.
Persamaan taraf antara
masyarakat.
Kesimpulan
Dari
segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku
juga beberapa perubahan dan pembaharuan. Wertheim berpendapat,
kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka
dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan
ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan
kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima
perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan
secara feudal masih kekal.
Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi
mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di
Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur
rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi
Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat
Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman
animisme.
Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang
berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat
di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi
pemikiran mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja
didokongi untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan
Allah. Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan
politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.