Pengaruh Islam Trehadap Asia Dari
Segi Ekonomi
Sejak awal-awal lagi , bandar
Makkah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad
juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya
menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar
Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar.
Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya,
berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan
kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan
kepercayaan mereka ke China, India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika
dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan
mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.
Ekonomi Islam memperkenalkan
beberapa dasar umum:
- Pengiktirafan pemilikan individu.
- Hubungan ekonomi dengan akidah.
- Bersifat pengabdian yang dinilai sebagai ibadat.
- Memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk kehidupan insan .
Terdapat 3 jenis Definisi Ekonomi :
- Sarjana Islam
“Economic
Development in an Islamic economy” merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan
manusia seperti perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan
diri, masyarakat dan Negara dari segi rohani dan jasmani.
- Adam Smith
Ilmu
ekonomi ialah ilmu kekayaan atau ilmu mempelajari saranan-saranan kekayaan
bangsa-bangsa seperti hasil-hasil industri dan pertanian.
- Reunez
Ilmu
ekonomi dalah ilmu untuk mempelajari tingkah laku manusia menghadapi keperluan
mereka.
Ciri-ciri Ekonomi Islam
- Memelihara fitrah manusia.
- Memelihara norma-norma akhlak.
- Memenuhi keperluan-keperluan masyarakat.
- Kegiatan-kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam.
- Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu bertujuan berusaha untuk mencari keuntungan individu, disamping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat.
- Aktiviti-aktiviti ekonomi islam sentiasa diawasi oleh hukum-hukum islam dan perlaksanaannya dikawal pula oleh pihak pemerintah.
- Ekonomi islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat.
Ekonomi Islam bukan bercorak
ekonomi komunis:
Ø Mengakui
dan hormati milik perseorangan .
Ø Bukan
bercorak kapitalis.
Ø Menghalang
kebebasan secara mutlak.
Beberapa cara pembayaran semasa tamadun
Islam:
1. Peraturan pusaka dan zakat
.
-mengenakan
2.5% ke atas modal dan keuntungan.
2.
Undang-undang
keselamatan social.
- mengenakan cukai-cukai ke atas modal sekadar yang diperlukan oleh Perbendaharaan Negara untuk menghadapi keadaan darurat.
- Orang awam perlu membayar cukai kepada majlis perbandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri.
- Cukai juga dikenakan ke atas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Ini berbeza dengan zakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajib terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayar jizyah, seperti cukai kepala.
Perkembangan
Ekonomi Islam:
1. Binatang ternakan yang dibawa ke bandar
untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, begitu juga
dengan industri lain yang dianggap kurang bersih. Manakala barang berharga
diletakkan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan
tukang emas tertumpu di sekeliling masjid utama di pusat bandar.
2.
Persatuan-persatuan (seperti kesatuan
pekerja yang melindungi hak pedagang) tidak diiktiraf secara rasmi oleh kota
Islam zaman pertengahan, tetapi urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia
yang diiktiraf oleh majlis perbandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan
dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan
berkhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam
perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walau bagaimanapun terdapat juga
hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu di rumah atau askar upahan.
3. Teknologi dan perindustrian tamadun
Islam amat maju sekali. Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri
minyak wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat
untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan
saintifik dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan
mutu teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada
perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca,
tekstil, dan seramik.
4. Sistem kontrak telah digunakan oleh
pedagang-pedagang amat berkesan. Pedagang akan membeli dan menjual untuk
komisen, dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang
kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri
daripada Muslim, Nasrani, dan Yahudi.
5.
Perkongsian perniagaan dipupuk untuk
tujuan usaha perniagaan komersil, dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang
telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang
jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di Baghdad dan
dikreditkan di Sepanyol, mewujudkan sistem cek yang ada pada hari ini.
6. Setiap kali barangan melalui bandar,
barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi
sebelum tiba ke destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam dunia Islam ketika
itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran
luar pada zaman ini.
Pengangkutan juga membawa kepada
pertumbuhan ekonomi dalam Tamadun Islam.
v Pengangkutan
adalah mudah tetapi sangat berkesan. Setiap bandar mempunyai tempat di luar
gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-belah atau
pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga
kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, di
samping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan
seperti rumah penginapan zaman pertengahan.
v Selain
daripada sungai Nil, Tigris dan Furat, sungai lain yang dilayari amat kurang,
maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains
pengemudian telah dimajukan menggunakan sekstan asas yang dikenali sebagai
kamal untuk mengukur ketinggian bintang, dan kompas magnet. Dengan penggunaan
semua kelengkapan ini dengan bantuan peta, pelayar dapat melayari lautan
berbanding daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran
pantai. Pelayar Muslim juga telah memperkenalkan kapal layar bertiang tiga
kepada penduduk Mediterranean. Malah kapal layar (caravel) Christopher Columbus
sebenarnya direka bentuk mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan
buatan untuk menghubungkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan
sebaliknya terusan ini juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean
walaupun ia dinaiki lumpur beberapa kali.
v Kemudahan-kemudahan
tersebut telah memudahkan perdagangan dijalankan, secara tidak langsung
memperkembangkan ekonomi Tamadun Islam.
Matlamat Ekonomi Islam
- Keperluan asas yang mencukupi bagi menghindarkan kelaparan dan ketakutan dalam masyarakat.
- Penggunaan sumber yang optimum ,cekap,berkesan ,jimat dan tidak membazir.
- Kesaksamaan agihan harta,kekayaan,pendapatan dan pembangunan.
- Menjamin kebebasan individu.
- Kesamaan hak dan peluang.
- Kerjasama dan keadilan.
Kesan
Faktor Ekonomi kepada Kejayaan Tamadun Islam
- Sektor perdagangan berkembang maju kerana geografik yang strategic iaitu antara Timur dengan Barat.
- Kedudukan ini menyebabkan Negara Islam mengawal laluan darat dan laut yang penting.
- Produk yang diperdagangkan juga adalah pelbagai, termasuk produk dari Negara Islam sendiri, produk dari China dan juga produk dari Eropah .
- Kesemua sektor ekonomi ini memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan dan seterusnya Tamadun Islam.
- Kesan secara langsung ialah berlakunya pemindahan teknologi seperti teknik pelayaran.
- Manakala kesan secara tidak langsung pula ialah kemajuan ekonomi telah menyebabkan tuan-tuan tanah ingin menghasilkan hasil yang banyak.
- Mereka mengupah saintis untuk mengkaji bagaimana hendak menyuburkan tanah dan mandapatkan hasil yang lebih banyak.
- Tamadun Islam menjadi semakin maju dan berkembang pesat sebagai satu kuasa besar di dunia pada masa itu.
Antara aktiviti ekonomi dalam
Tamadun Islam .
- Industri tekstil dan perkilangan.
- Kerja-kerja menenun kain telah menjadi satu perkerjaan sampingan di rumah orang Islam.
- Kilang-kilang mengisar tepung dan memerah minyak mula dibina.Kilang mengisar tepung terdapat di seluruh negeri dan menggunakan jentera air yang digerakkan oleh tenaga angin dan haiwan. Kilang memerah minyak digerakkan oleh tenaga ternakan.
No comments:
Post a Comment