Ukiran Tulisan Jawi di batu bersurat |
Penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahan bahasa pengantar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan
kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan
yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan
kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik.
Bagi kesusteraan Melayu tradisional,
kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan masyrakat melayu
tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga
membawa memperkenalkan tulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan
pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama digunakan
di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu,
logam, daun lontar dan sebagainya.
Di negara kita, perkembangan kesusasteraan dan bahasa ini telah melahirkan ramai
tokoh-tokoh Melayu yang menjadi tokoh kesusasteraan, seperti A.Samad Said. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946),
Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956).
Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai
kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei
1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang
Sastera. Tahun 1979 turut memberi erti pada
Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang
anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi
Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad
sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah
Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan
drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan,
A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana,
Manja, Mesra dan Shamsir.
No comments:
Post a Comment