Saturday 17 March 2012


Pengaruh Islam Dalam Pendidikan
Kedatangan agama Islam telah membawa banyak perubahan dalam sistem pendidikan di Alam Melayu. Dengan tersebarnya wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. secara langsung Islam membawa satu kuasa besar terhadap ketamadunan manusia sejagat, meliputi seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia. Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidkan yang sama seperti golongan atasan, Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam lain seperti pondok dan madrasah.




Misalnya, pada masa kini, Madrasah Al-Yamani menarik perhatian para pecinta ilmu Islam yang ingin mendalami pengajian Islam. Selain Malaysia, para pelajar datang dari pelbagai negara Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, Myanmar, Indonesia serta negara Sudan. Antara bahasa perantaraan yang digunakan oleh madrasah ini adalah Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab.
Dalam perjalanan sejarah kelahiran islam yang memakan masa lebih kurang 1400 tahun yang lalu adalah merupakan kematangan umat islam di dunia ini. Dengan itu masyarakat islam telah banyak memberi sumbangan kepada dunia terutama berupa karya-karya saintifik, falsafah dan teknologi. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengjaran membaca Al-Quran dan kitab-kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.


Perkembangan ilmu pengetahuan ini telah melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama-ulama Melayu yang menjadi pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Syaikh Abdullah bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Syaikh Abdullah Fahim merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951-1961. Beliau dilahirkan di Kampung Syib 'Ali, Makkah pada tahun 1286H dan dibesarkan di sana dalam suasana ilmu keagamaan. Beliau berdamping dan berguru dengan ramai ulama, menurut riwayatnya guru beliau di Makkah dan Madinah tidak kurang 42 orang.
Syaikh Abdullah Fahim 

Menurut Ibnu Khaldun, antara matlamat pendidikan Islam ialah :
  • Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syair-syair agama menerusi Al-Quraan dan Al-Sunnah. Melalui kaedah sedemikian potensi iman dapat diperkukuhkan, sebagaimana halnya dengan potensi-potensi lain sekiranya telah menajdi darah daging ia boleh menjadi fitnah.
  • Memperlengkapkan akhlak manusia.
  • Memperlelengkapkan sosio-budaya manusia.
  • Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran prosfesional atau pekerjaan.
  • Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai-bagai pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.
  • Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenaian, termasuk muzik, syair, khat, seni bina dan lain-lain lagi.

Antara prinsip-prinsip pendidikan Islam ialah untuk :
  • Memahami penciptaan manusia dan mahkluk seluruhnya, iiatu mengenal Allah sebagai pencipta dan yang lain semuanya adalah mahkluk Allah.
  • Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.
  • Memahami martabat ilmu dalam Islam.
  • Menjurus kepada pembiaan tiga fakulti manusia, iaitu akal(minda) roh(kerohanian), dan jasad (jasmani) dalam pengisian ilmu.
  • Memiliki dan mengembangkan ilmu berasaskan kepada tauhid.

No comments:

Post a Comment