Friday 16 March 2012

Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Politik Dan Pentadbiran Dalam Malaysia

Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Politik Dan Pentadbiran Dalam Malaysia

Pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam serta sektor korporat boleh dianggap sebagai salah satu daripada langkah utama untuk memenuhi tuntutan wawasan 2020. Ia amat penting memandangkan dalam wawasan 2020, Malaysia ingin mencapai status negara maju mengikut acuannya sendiri tanpa mengabaikan aspek agama, moral dan tradisi     tempatan. Peranan sektor awam dalam negara tidak dapat dinafikan lagi memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem perkhidmatan awam mengalami perkembangan kemajuan yang begitu pesat. Bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam tidak termsuk polis dan tentera telah meningkat pada kadar purata 1.9 peratus setahun dari 832 050 pada tahun 1995 kepada 911 600 pada tahun 2000. Ini menggambarkan begitu ramainya pekerja-pekerja di sektor awam untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuklah perkhidmatan awam. Namun sebenarnya jumlah ini amat kecil berbanding nisbah kepada jumlah penduduk Malaysia. Oleh itu pelbagai inovasi dan pembaharuan dalam pentadbitan awam telah dilakukan sebagai persiapan penting untuk menuju ke arah status negara maju menjelang tahun 2020. 

Di dalam RM8, pembaharuan pentadbiran terus ditekankan oleh kerajaan terutamanya dalam menghadapi era k-economy yang memerlukan kepada perkembangan sumber manusia, perkembangan infrastruktur ICT yang pesat serta memperkukuhkan program pengurusan kualiti di bawah TQM. Ini dikuatkan lagi dengan Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan dalam belanjawan 2002 yang antaranya ingin membangunkan perkhidmatan awam berasaskan pengetahuan dari segi kepimpinan, penggubalan dasar dan strategi serta menyemai budaya inovasi dan peningkatan penggunaan ICT dalam sektor awam. Kesemua idea tersebut menggambarkan teras dasar yang utama dalam menghadapi perubahan pentadbiran sebenarnya adalah berkaitan dengan individu manusia sebagai pekerja ataupun majikan. Sumber manusia dikenalpasti sebagai agen yang penting bagi menjayakan perubahan-perubahan tersebut. Oleh itu sektor awam telah melaksanakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan1 Rancangan Malaysia Kelapan, 2000 hlm 660.

produktiviti, kecekapan dan motivasi pekerja sektor awam. Ini telah dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang telah menjalankan program latihan dalam pelbagai bidang termasuklah ICT. Bilangan kursus latihan dan peserta yang dikendalikan oleh INTAN masing-masing adalah sebanyak 5043 kursus dan 182874 orang peserta yang terlibat semenjak tahun 1996 hingga tahun 2000.

Perubahan Pentadbiran dan Islam 
          Islam amat menghargai sebarang perubahan yang boleh membawa kebaikkan kepada umatnya. Proses pembaharuan dalam sistem pentadbiran adalah bertujuan untuk meningkatkan keefisyenan dan kelancaran perkhidmatan awam. Antara strategi kerajaan adalah memperkukuhkan program TQM, perlaksanaan kerajaan elektronik (EG), membangunkan ICT, pembangunan organisasi dan sumber manusia dalam sektor awam dan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Walaupun kesemua strategi ini tidak dikonotasi dengan perkatan Islam, namun sebenarnya konsep perubahan tersebut secara umumnya selari dengan prinsip Islam sekiranya berlandaskan ajaran Islam. Gerakan meningkatkan mutu kerja dan produktiviti adalah selaras dengan agama Islam itu sendiri yang menekankan prinsip kesempurnaan (al-itqan), pembaharuan (ai-Tajdid) dan inovasi (al-ibda)
      
            Perubahan pentadbiran yang sebenarnya adalah ke arah melaksanakan nilai-nilai Islam memandangkan Islam adalah sebagai agama kehidupan (ad-din). Pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam adalah perlu. Ini adalah kerana banyak gejala krisis etika telah melanda negara-negara maju lain di dunia dewasa ini. Menurut Stoner (1995), gejala krisis etika telah mula menular dan menjadi beberapa tajuk utama akhbar di negara-negara seperti Italy, Jepun dan Amerika Syarikat. Contohnya tahun 1980an telah berlaku skandal dalam Wall Street dan S&L yang telah menjatuhkan reputasi kebanyakan organisasi. Terdapat kajian lagi di Amerika Syarikat yang menunjukkan 50 peratus penduduk bersetuju gejala krisis etika telah berlaku sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Di Malaysia, gejala nagatif ini tidak kurang hebatnya. Ini dibuktikan 2 Rancangan Malaysia Kelapan 2000, hlm 661.

oleh gejala krisis nilai, moral dan pemimpinan pada era 1980an yang telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Banyak ulama’ Islam berpendapat fenomena ini merupakan satu dilema umat Islam yang berlaku yang disebabkan oleh 3 perkara berikut iaitu kekeliruan tentang konsep ilmu, tiadanya adab dalam masyarakat dan pemimpin yang tidak menghayati aspek kerohanian dan kemasyarakatan (Mohd Affandi Hassan, 1992 ; Al-Attas, 1978). Krisis nilai menurut Al-Attas (1978) lagi adalah krisis terhadap falsafah pentadbiran serta kuasa (authority). Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan, pihak birokrat dan kakitangan awam yang beragama Islam menghubungkaitkan sebarang tindakan serta langkah-langkah pembaharuan pentadbiran awam selaras dengan konsep Islam untuk mengatasi gejala serta krisis tersebut. 

Walaupun INTAN telah menjalankan tugasnya dalam memberi latihan kepada pekerja awam, namun perlaksanaan nilai-nilai Islam kurang diberikan perhatian dalam pentadbiran awam. Walaupun dasar penerapan nilai-nilai Islam telah lama dilaksanakan, namun sukar untuk menentukan secara tepat kejayaannya dalam mentransformasikan dan mentajdidkan budaya pekerja mengikut perspektif Islam. Garis panduan yang dikeluarkan oleh BAHEIS (1990) dalam melaksanakan dasar penerapan nilai-nilai Islam juga tidak memperlihatkan hasil yang baik. Ia berlaku disebabkan skop dasar yang terlibat hanya melibatkan pentadbiran semata-mata dan tidak merangkumi dasar-dasar negara. Tambahan lagi dasar penerapan nilai-nilai murni tidak melibatkan pendekatan yang menyeluruh. Oleh itu satu pendekatan baru perlu dirangka dimana pengisian dan perlaksanaannya adalah lebih konkrit dalam bentuk dasar, program dan strategi. (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996). Maka satu pendekatan Islam yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu pendekatan tauhid sebagai model alternatif untuk menguatkan lagi program-program latihan yang telah dijalankan oleh INTAN. 

No comments:

Post a Comment