Friday 16 March 2012

Perundangan Yang Terdapat Di MALAYSIA Sebelum Kedatangan Barat


Perundangan Yang Terdapat Di MALAYSIA Sebelum Kedatangan Barat
1. Terbahagi 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.
3. Undang – undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.
4. Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya.

Adat Perpatih :
  •       Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka. 
  •       Tidak membenarkan perkahwinan sama suku.
  •   Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
  •   Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar.
  •   Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
  •   Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu. 
  •   Anak perempuan diberi hak mewarisi harta. 
Adat Temenggong:    
  • Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming.
  • Berasaskan sistem perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
  •   Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Islam).
  • Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang.
  •   Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam mazhab Shafie.
Perundangan sebelum Islam – tradisi Hindu Buddha:
  •  Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan.
  • Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas.
Perundangan selepas Islam:
  •  Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh British.
  • Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak, Johor.
Hukum Kanun Melaka :
  • Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar.
  •  Pantang larang anggota masyarakat.
  •    Hukuman jenayah.
  •    Undang – undang keluarga.
  • Permasalahan ibadah.
Undang – undang Laut Melaka : 
  •      Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.
  •     Undang – undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan Undang – undang Laut Melaka.

No comments:

Post a Comment