Saturday 17 March 2012

PENGARUH ISLAM DI NUSANTARA DARI SEGI KEBUDAYAAN



PENGARUH  ISLAM  DI  NUSANTARA  DARI SEGI  KEBUDAYAAN
Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu.Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu.Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesandan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut:

Agama dan Kepercayaan
Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamaldan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyaisemangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yanglain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadipenunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangatdan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci . Keimanan mereka diikuti dengan amalibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakansambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran. Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang manamasyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yangberteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripadazaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu danmasyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185)

Sistem Kekeluargaan
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk, IIIberagama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agensosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanyaialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik.Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untukmemperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian.Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yangbesar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagipengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal 26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).

Adat dan Cara Hidup
 Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat ataubangsa yang berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekali gus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990:4). Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa. Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.


No comments:

Post a Comment